Apabila ke restoran Jepun, tentu ramai yang memilih kacang edamame sebagai salah satu hidangan wajib. Anda yang gemarkan makan sayur atau seorang vegetarian juga tentu kenal kacang edamame yang bukan sahaja enak dengan rasa lemaknya, tetapi mempunyai manfaat yang cukup baik pada badan.

Ads

KACANG EDAMAME, Khasiatnya Boleh Buat Anda Jadi PEMINAT TEGAR!

Kacang edamame sangat berpengaruh untuk kesihatan jantung. Ada yang menyamakan kacang edamame dengan kacang soya, hanya berbeza warna sahaja. Saat membeli barangan dapur di pasaraya, kacang edamame dijual bersama kulit atau dalam keadaan sejuk beku.

Untuk satu mangkuk kecil edamame, terdapat banyak protein sehingga boleh menggantikan telur dan daging. Selain itu, edamame adalah satu-satunya sayuran di dunia yang memiliki Sembilan jenis asid amino penting.

Malah, satu bahagian edamame juga mengandungi 10% keperluan zat besi harian dan vitamin C, A dan 8.1gm serat, lebih kurang empat keeping roti gandum.

Manfaat edamame untuk kesihatan

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
Kacang edamame mengandungi kandungan gizi, vitamin dan antioksidan tinggi yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Jika anda makan edamame secara konsisten, ia mampu menghindari dari pengaruh cuaca buruk yang boleh mengganggu kekebalan tubuh.

Ads

2. Mencegah hipertensi dan penyakit jantung
Kacang ini juga bermanfaat untuk menghindarkan anda dari penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada kacang secara aktif dapat menghancurkan lemak yang berkumpul di dalam tubuh yang menjadi pemicu penyakit jantung dan darah tinggi. Kacang ini juga berkhasiat sebagai zat anti inflamasi dan menyembuhkan rasa keradangan dengan cepat.

3. Mengurangi risiko kanser
Kandungan isoflavin pada kacang edamame juga berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser prostat dan kanser payudara. Isoflavin merupakan khasiat yang berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia sebagai pencegah sel kanser.

Ads

4. Mempercepat proses pembekuan darah
Kandungan vitamin K yang tinggi berfungsi untuk mempercepat proses pembekuan darah. Hal ini sangat bagus untuk anda yang berisiko sering jatuh dan mengalami kecederaan pada kulit untuk meredakannya dengan cepat. Kacang edamame juga berfungsi untuk mencegah osteoporosis dan Alzheimer.

5. Baik untuk sistem pencernaan
Kacang edamame mengandungi kandungan serat tinggi sehingga dapat meningkatkan sistem pencernaan pada manusia. Ini penting untuk anda yang sedang diet. Tidak hanya itu, kandungan karbohidrat kompleks dari kacang ini memberikan manfaat lebih untuk memberikan rasa kenyang lebih lama, sehingga anda dapat menolak keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI