Sudah jemu dengan menu jamuan Hari Raya, mungkin ramai yang mencari menu baharu yang hendak disajikan untuk para tetamu yang masih dalam mood hari raya dan tradisi kunjung mengunjung yang masih diamalkan. Cef Shahrul, Cef Khori, Cef Shukri dari Hotel Element Kuala Lumpur menyediakan menu kacang pool yang mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!

IKLAN

 

KACANG POOL Juadah Pilihan Rumah Terbuka Hari Raya, Pasti ‘Meletop’! Ini Resipinya

 

KACANG POOL BERSAMA TELUR SEPARUH MASAK

KACANG POOL Juadah Pilihan Rumah Terbuka Hari Raya, Pasti ‘Meletop’! Ini Resipinya

BAHAN-BAHAN:

10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
I inci halia
300 gm daging lembu dicincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 tin kacang pool
1 tin kacang merah
1 camca teh lada hitam
1 tin kacang panggang
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar minyak sapi
Gula dan garam yang secukupnya
Air yang secukupnya
Minyak untuk menumis

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

1 biji limau kasturi
1 labu bawang besar
2 batang cili hijau |dipotong
1 buku roti Perancis
1 biji tomato |didadu
Minyak sapi dipanaskan sehingga cair

 

IKLAN

CARA MEMBUAT:

Ramaskan kacang pool sehingga pecah tetapi jangan dilumatkan. Kemudian, satukan serbuk ketumbar, rempah kari dan air. Kacau rata sehingga menjadi pes dan diketepikan. Panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan minyak sapi dan biarkan sekejap.

Selepas itu, tumis bahan kisar sehingga halus dan naik bau. Masukkan pes rempah dan kacau sehingga rata. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau sehingga naik minyak. Kemudian, masukkan daging cincang dan masak selama 10 minit.

Masukkan air. Kacau sehingga air mendidih. Masukkan kacang panggang, kacang pool dan kacang merah. Sentiasa kacau dan gunakan api sederhana selama lebih kurang 12 minit.

Akhir sekali, masukkan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan siap dihidang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI