Wulan Guritno antara aktres Indonesia berketurunan Jawa-Inggeris yang terkenal dengan kecantikannya.
Kini, pada usia 42 tahun Wulan bukan hanya kelihatan awet muda bahkan berjaya mengekalkan bentuk badan yang langsing dan cergas.
Wulan Guritno di usia 42 tahun.Wulan Guritno bersama ibunya ketika kecil. Patutlah cantik!
Bukan setakat bersukan, antara rahsia awet muda Wulan ialah berhenti mengambil gula. Dia juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengekalkan kesihatan mental.
Menurut beberapa sumber, berikut adalah tip untuk kelihatan muda, sihat dan cergas cara Wulan Guritno yang boleh memberi inspirasi:
1. BERSENAM
Wulan mengamalkan gaya hidup sihat ini sejak remaja lagi. Menerusi laman Instagramnya, aktres jelita ini sering berkongsi rutinnya melakukan pelbagai jenis sukan seperti berbasikal, yoga, menunggang kuda, mengangkat berat serta menembak.
Wulan bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Dia juga mengakui senaman adalah salah satu rahsia untuk kelihatan lebih muda. Tak hairanlah, Wulan masih kelihatan memukau dengan badan yang kencang dan perut six pack.
2. TAK MAKAN GULA
Satu lagi rahsia awet mudanya ialah tidak makan gula. Ibu tiga anak ini mengakui sudah berhenti mengambil gula sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, pengambilan gula boleh mempercepatkan proses penuaan.
Ads
Pun begitu, Wulan tetap mengambil makanan dan minuman manis menggunakan pemanis alternatif yang lebih sihat.
3. TIDUR YANG CUKUP
Wulan mengakui tidur yang berkualiti adalah gaya hidup sihat yang tak kurang pentingnya daripada diet dan senaman.
Ads
Satu kajian mendedahkan, satu malam kurang tidur boleh menjadikan sel dewasa lebih cepat menua.
4. RAWATAN WAJAH
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa tegang, Wulan turut melakukan pelbagai rawatan wajah melalui rawatan khas dan penggunaan penjagaan kulit.
Ads
Wulan biasanya melakukan rawatan platelet rich plasma (PRP) setiap dua minggu di samping rawatan skin booster dan laser bagi mengekalkan kulit yang sihat.
Wulan turut konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu menggunakan krim muka mengikut keperluan termasuk pelindung matahari sebelum melakukan aktiviti.
5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Wulan juga mementingkan kesihatan mental. Menurutnya, kesihatan dan kecantikan bermula dari dalam.
Tambahnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang sihat serta awet muda.
Kredit Foto: Instagram Wulan Guritno
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat penampilan Puteri Diraja Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ini pasti khalayak terus teringat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim! Tak dinafikan makin menginjak dewasa, makin terserlah persamaan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dengan ibunda tersayang.
Ini diakui sendiri oleh Azrinaz yang melahirkan rasa teruja dan gembira melihat anakanda tersayang kian meningkat usia remaja serta menjadi gadis penuh elegan.
Lebih istimewa, ibu jelita berusia 44 tahun tersebut memuat naik video yang memaparkan kelibat Puteri Ameerah sewaktu menghadiri sebuah majlis dalam persalinan kasual serba hitam.
Akui Azrinaz, “MasyaAllah that’s how I look like when I was younger. You have my physique and cara jalan pun sebiji. Ini bukan self claim tau. Miss you everyday and love you lots.”
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi followers kesayangan Azrinaz dan rata-rata mereka turut memuji keanggunan anakanda puteri kesayangan Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Memiliki rambut hitam panjang mengurai dan keperibadian Puteri Ameerah yang tak lekang dengan senyuman membuatkan sesiapa saja terpikat dengan anakanda bekas personaliti televisyen tersebut.
Pada 28 Januari lepas, YTM Puteri Ameerah genap berusia 15 tahun. Menatap wajah terbaharunya, gadis ini saling tak tumpah mewarisi rupa paras ibunda tersayang.
Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata hasil perkahwinannya terdahulu bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kini menginjak usia remaja.
Tahukah anda, bakteria akan kembali ‘hinggap’ di badan 30 minit selepas mandi. Sebab itulah, mandi saja tidak memadai kerana ada lagi cara lain bagi mencegah kuman bersarang di badan.
Berikut 5 cara mudah untuk menjaga kebersihan badan agar kekal bersih dan segar sepanjang hari.
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA Badan yang letih akan mudah kekurangan cecair di dalam badan. Salah satu cara menjaga kesihatan badan agar terhindar daripada masalah ini ialah dengan pengambilan air putih kosong secukupnya setiap hari.
Usahakan minum air kosong secukupnya di sela-sela masa antara aktiviti harian anda. Maka, badan akan terhidrasi dengan baik dan sentiasa terasa segar meskipun beraktiviti seharian.
JANGAN MANDI TERLALU LAMA
Tahukah anda bahawa mandi terlalu lama boleh menghilangkan kelembaban semula jadi kulit? Inilah salah satu alasan mengapa kulit menjadi terasa kering. Agar kelembaban kulit terjaga dan kelihatan sihat, mandilah dengan waktu yang lebih singkat. Menjaga kesihatan badan membantu menjaga kelembaban kulit. Anda juga akan kelihatan segar sepanjang hari.
PELEMBAP Membantu menjaga kesihatan badan secara luaran. Perlu diingat bahawa kulit yang kurang lembab lebih mudah diserang jangkitan kulit.
Selain itu, kulit kering juga boleh menjejaskan penampilan. Oleh itu, menggunakan pelembab kulit sangat penting supaya kulit tidak kering seterusnya terhindar daripada berbagai masalah disebabkan oleh kulit kering.
MAKAN IKUT WAKTU Apa pun jenis makanan yang kita ambil pastinya akan mempengaruhi kesihatan. Namun, yang tak kurang pentingnya ialah makan mengikut waktu yang tepat dan teratur. Selain memberikan zat makanan pada badan, usahakan untuk tidak makan sebelum waktunya.
Makanlah ketika badan mulai terasa lapar. Meskipun sedang melakukan banyak aktiviti, jangan abaikan waktu makan. Berusahalah untuk mendisiplinkan diri untuk mengikut waktu makan secara teratur.
KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS
Satu lagi cara ialah dengan menggunakan rangkaian produk KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS. Pastinya badan anda bersih dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Grapefruit Body Cleanser berfungsi sebagai mandian berbuih yang membantu membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kelembapan kulit.
Kiehl’s melancarkan Refill-A-Bottle kalis air yang boleh diguna semula dan dihasilkan darpada 100% aluminium. Diilhamkan daripada rekaan bungkusan apothecary, ia membolehkan anda mengisi semula botol berulang kali. Tujuannya, membantu mengurangkan penggunaan plastik single use. Produk ini dibungkus dalam 100% paper carton kitar semula dengan pam tambahan bagi kegunaan kecemasan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali terpandang wajahnya pasti nak tengok berkali-kali. Tak hairanlah jelitawan kelahiran Turkiye, Zehra Gunes ini menjadi atlet volleyball paling popular dunia. Bersandarkan rupa paras cantik persis seorang ratu dan bakat dalam bidang sukan, Zehra cukup terkenal di media sosial. Sehingga kini, dia mempunyai hampir empat juta followers di Instagram!
Populariti atlet cantik bola tampar Turkiye ini mula melonjak naik ketika temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Apatah lagi dia memiliki ketinggian mencecah 198 sentimeter dan berdasarkan kelebihan itu, Zehra diberi peranan sebagai Middle Blocker bagi pasukan kebangsaannya.
Nama Zehra Gunes turut mendahului senarai pemain Middle Blocker dunia dan menduduki ranking keempat dalam kalangan pemain bola tampar terbaik di dunia dengan 628.5 mata.
21 Jun lepas, Zehra dan pasukan baru saja menyertai Women’s Volleyball Nations League (VNL) di Bangkok, Thailand. Bagaimana pun, pasukan kebangsaan Turkiye tewas kepada pasukan Poland.
Kekalahan tersebut sekaligus menyaksikan Turkiye yang sebelum ini berada di ranking pertama jatuh ke kedudukan ketiga dunia di belakang Itali dan Brazil. Pada Julai tahun lalu, Turkiye mencipta momen bersejarah apabila memenangi Women’s VNL.
Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, jelitawan ini mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, dia pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017, mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Zehra menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun.
Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik Turkiye ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula jelitawan Turkiye ini pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...