Orangnya memang cantik. Tidak dinafikan Siti Saleha antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, jarang dengar berita kurang enak mengenainya.
Bahkan Siti Saleha cukup menjaga privasi dan hanya berkongsi aura positif serta aktiviti seni di media sosial miliknya.
Tidak hairanlah, dia menjadi pilihan pengarah dan penerbit filem. Malah wajah cantik pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku ini juga sering menghiasi kempen promosi bagi kebanyakan jenama mewah antarabangsa.
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 14 Mac lepas, Siti Saleha Baharom merupakan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam.
Siti Saleha juga berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya baru-baru ini. Mesra melayan peminat, pastinya mereka inilah yang menjadi penyokong utama Siti Saleha dalam industri seni.
Selain berbakat besar sebagai pelakon, Siti Saleha juga ada bakat sebagai pengacara televisyen dan menjadi juri jemputan bagi Muzikal Lawak Superstar 3.
Hasil kerja keras dalam industri, Siti Saleha pernah meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular ke-33 dan pada Februari lalu, dia merangkul Anugerah Telenovela bagi kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular.
Dia dikhabarkan mula bekerja sejak usia 18 tahun dan pada ketika itu sudah mula berdikari dan hidup sendiri.
Ads
Sebelum ini, Siti Saleha turut melakar kejayaan manis apabila meraih anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020 yang pernah dirangkul dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Henderson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang berpendapat hitam itu seksi. Tapi bukan pada bibir yang hitam dan kusam. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan disamping penggunaan gincu bibir yang murah dan tidak berkualiti merupakan antara penyebab kondisi bibir yang merah berubah gelap.
Usah khuatir! Kini anda tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah. Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda semula! Nak tahu?
Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Hadkan pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin, dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah anak gadis ini memang saling tak tumpah mewarisi kejelitaan ibu tersayang. 20 April lalu, Nysa Devgan cecah usia 21 tahun. Makin menginjak usia, makin terserlah cantik buah hati kesayangan Kajol dan Ajay Devgan.
Nysa yang merupakan puteri sulung pasangan selebriti popular Bollywood ini sering menjadi perhatian peminat di sana. Apatah lagi Nysa gemar tampil dengan imej wanita matang dan seksi.
Bermata bundar, hidung mancung dan paling menarik perhatian ialah senyuman manisnya. Boleh buat orang ‘cair’!
Meskipun populariti Nysa sebagai anak kepada selebriti terkenal tidak seglamor anak Shah Rukh Khan, namun rata-rata peminat di sana terpikat dengan ciri-ciri yang dimiliki Nysa.
Kredit Instagram kajolKredit Instagram kajolKredit Instagram kajol
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan peminat kepada kecantikan asli ibunya. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat.
Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan yang disertai kedua-dua ibu bapanya.
Bersempena hari lahir Nysa Devgan cecah usia 21 tahun, bintang filem Kuch Kuch Hota Hai berkenaan memuat naik gambar di samping anak tersayang ketika Nysa masih kecil.
Malah, Kajol turut mengimbau momen pertama kali bergelar ibu dan betapa bahagianya dia dikurniakan anak perempuan seperti Nysa.
“How she made my greatest wish come true and how she makes me happy every single day since then just by being herself. How she makes me grateful and awed by her love and her unflinching support.
I can be wrong, but I can never be in the wrong. How she makes me laugh and laugh and how I love to stand on my soapbox and boast about what all my baby does and speaks. How I felt for the first time and every time since when she calls me ” mama “.
Kredit Instagram kajolKredit Instagram kajolKredit Instagram kajol
It’s like a call to arms for a very loved cause. How I wish sometimes I could wrap her up and store her back in my stomach for a day just to feel my heart back in the body it started out from. Love is such an ordinary term to describe what you feel for your children. It’s so much more.”
Terdahulu, dalam temu bual bersama NDTV.com, Kajol pernah mendedahkan didikannya terhadap anak-anak. “Saya sangat tegas dengan anak-anak kerana sangat penting untuk mereka tahu tentang batas sesuatu perkara dan tidak boleh melangkauinya.
Saya percaya mereka akan membesar jadi manusia lebih baik jika mengikuti didikan kami. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai apa yang betul dan salah.”
Kredit Instagram kajolKredit Instagram kajolKredit Instagram kajol
Kajol dan Ajay berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgan dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgan.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan dia pernah mengalami keguguran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak lama tidak beraksi di layar perak, nama Laudya Cynthia Bella meniti di bibir peminat filem Indonesia apabila aktress dan usahawan berusia 35 tahun itu memegang watak utama sebagai Siti Raham dalam filem BUYA HAMKA.
Filem yang mula ditayangkan di seluruh pawagam di Indonesia sempena kedatangan Ramadan ini dikatakan sebagai filem termahal dalam sejarah penerbitan filem di Indonesia. Mana tidaknya, filem arahan sutradara terkenal Indonesia iaitu Fajar Bustomi dan ditulis oleh Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira AS$12 juta (sekitar RM53,670,000).
Foto: Instagram @laudyacynthiabella
Malah dua produksi gergasi Indonesia iaitu Falcon Pictures dan Starvision telah bergabung untuk menerbitkan filem ini dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia. Memandangkan ia merupakan filem biopik, sudah semestinya ia telah digarap sempurna dengan segala aspek diberi perhatian khusus untuk memastikan penghasilan filem tersebut menepati fakta mengenai tokoh yang diketengahkan.
Foto: Instagram @buyahamkamovie
Dalam filem tersebut, Laudya Cynthia Bella perlu menjalani sesi solekan prostetik untuk memastikan wajahnya mirip dengan isteri kepada Buya Hamka iaitu Siti Raham. Menariknya, meskipun disolek seperti wanita yang sudah berumur, kejelitaan Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra disapa Bella tetap terserlah!
Menurut Bella, ia merupakan pengalaman pertama dirinya melalui proses solekan prostetik. Meskipun terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk mendapatkan efek solekan terbaik, selebriti yang juga merupakan bekas isteri Engku Emran ini ternyata puas dapat merealisasikan peranan sebagai isteri Buya Hamka yang disifatkan sebagai figura wanita yang penuh kesopanan dan berkarisma.
Mengimbas semula, Erra Fazira pernah menjalani proses solekan khas tua dalam filem Hingga Hujung Nyawa pada tahun 2004. Filem yang dibintangi oleh Erra Fazira dan Datuk Yusry Abd Halim merupakan filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.
Admin rasa, wajah Laudya Cynthia Bella apabila berusia 70-an kelak mesti tidak banyak berubah memandangkan Bella seorang wanita yang mementingkan penampilan diri dan menjaga wajah dengan perawatan sewajarnya. Lihat sahaja kemulusan kulitnya dengan solekan yang minimalis, tetap anggun dan berseri. Memang awet muda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...