Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan penyanyi cantik, Kilafairy. Walaupun kini kurang muncul di kaca tv namun anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil ini aktif di media sosial.
Menjengah ke Instagram peribadinya yang memiliki 1 juta pengikut, NONA tertarik dengan satu hantaran yang menampilkan dirinya bersama ibu tercinta di sebuah acara berprestij. Mereka tampil anggun menyarungkan glam dress
polos rona hitam.Siapa yang tidak kenal dengan Rohana Jalil, Juara Bintang RTM 1980. Beliau pernah popular dengan lagu antaranya ‘Rayuanku’ dan ‘Jangan Main Mata’.
Pada usia 68 tahun, Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor ini masih menawan dan awet muda. Tubuh pula kekal langsing persis anak dara!
Sekali imbas macam kakak dan adik pula. Sama-sama cantik, sama-sama ‘hot’! Bonding
pun kuat.Dalam pada itu, Kilafairy yang bertudung sejak tiga tahun lalu juga dilihat semakin berseri-seri.
Sering tampil dengan gaya elegan dan solekan memukau, bekas pelajar fesyen ini pernah mendapat jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ dek kerana memiliki bentuk bibir yang seksi.
Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini berusia 31 tahun bertuah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Melayu-Pakistan.
Patutlah sekarang wajah Kilafairy persis gadis Pakistan terutama dari segi solekan dan gaya tudung. Memang terserlah kelainannya!
Kredit Foto: Instagram Kilafairy
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.