Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin kelihatan benar-benar kelihatan cantik dan berseri-seri sejak mengambil keputusan berhijab. Tanpa pengumuman rasmi, namun perkongsiannya di platform media sosialnya tampil bertudung labuh telah mencuri perhatian.
Dugaan peminatnya semakin kuat apabila figura cantik kacukan Melayu-Pakistan ini bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di laman Instagram. Malah pelakon cantik ini bersedia untuk memadam semua akaun media sosial kerana kemusykilan tentang persoalan adakah haram jika seseorang berkongsi foto dirinya di platform tersebut.
Pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini telah mengambil inisiatif bertanya persoalan tersebut kepada yang pakar. Hasil perbincangannya bersama seorang ustazah, memuat naik foto ke laman media sosial tidak jatuh hukum haram.
“Saya merasakan ini terlalu ekstrem. Tetapi, kalau ada dalam Al-Quran, I’ll inshaallah immediately stop because social media memang dah lama Izara tak peduli pun.
Okay, dah tanya ustazah. Tak haram pun lah,” tulisnya melalui satu ciapan.
Tambahnya lagi, “Boleh ambik gambar cantik-cantik buat diri happy
janji jangan ‘ekshen’,” tulis Izara Aishah di laman Instagram sambil menggayakan khimar yang terletak cantik ditubuhnya.Izara Aishah juga telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadi pilihan pengarah drama dan filem tempatan.
Izara Aishah telah berkahwin dengan suaminya, Adib Khalid pada 17 November 2017 dengan majlis resepsi penuh gilang gemilang serta memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Anak kesayangannya yang diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 April yang kini sudah berusia setahun. Irisa Alaia juga bertuah kerana memiliki tiga orang nenek sekali gus iaitu Tengku Datin Seri Zawyah, Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin.
Ramai yang memuji cahaya mata pasangan sama cantik sama padan ini yang suka tersenyum, memang boleh cair tengok senyumannya. Geram tengok telatah dia!
This website uses cookies.