Sedang hangat dengan drama Cik Ayu Mee Sanggul di kaca televisyen, wajah cantik wanita ini sekali lagi menjadi bualan. Muncul dengan imej berkebaya dan dipadankan dengan sanggul sendeng menyerlahkan kejelitaan Amelia Thripura Henderson.
Ads
Bergandingan dengan pelakon Aqasha dan Datuk Rosyam Nor, wanita yang memulakan karier sebagai talent iklan sejak usia 10 bulan ini kelihatan semakin bijak menjiwai watak yang dibawanya.
Khabarnya demi menjayakan watak anak kelahiran Ampang, Selangor ini sebagai Cik Ayu, pelakon yang fasih berbahasa Melayu ini berpeluang menggayakan 40 pasang kebaya. Memang cantik-cantik kebaya yang digayakan oleh wanita yang berusia 26 tahun ini.
Di sebalik dunia lakonan wanita kacukan Sri Lanka-Scotland ini turut aktif mencurah bakti sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Baru-baru ini pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pengantin 100 Hari ini telah berkongsi di laman media sosialnya tentang aktiviti sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Untung lah siapa yang mendaftar di PPV UKM, dapat jumpa wanita cantik ini.
Wajah Amelia Handerson kelihatan begitu berseri-seri dan cuba mencungkil rahsia cergasnya. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.
Tarian membuat saya kekal cergas dan bertenaga. Jika mempunyai masa yang terluang saya akan berenang dan menaiki tangga berbanding mengambil lif.
Saya seperti kanak-kanak yang lain dahulu dihantar oleh ibu bapa untuk belajar ballet. Saya mula menari ballet sejak usia tiga tahun dan mula serius dalam tarian apabila usia menjangkau 13 tahun.
Ads
Ketika mula serius menari saya memberanikan diri menyertai The Dancer Society Classical Solo Ballet Competition. Tidak sangka menjadi juara dan saya ditawarkan biasiswa ke Australia.
Dua minggu menimba pengalaman di sana benar-benar menyuntik semangat sementelah saya baru berusia 13 tahun ketika itu,” ujar Amelia yang pernah berlakon di dalam filem tempatan antaranya Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Ads
Menurut wanita yang meminati rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Nurita Harith dan Adila Long ini tarian sukar untuk dipelajari. “Memang sejak kecil saya suka menari dan keluarga tidak pernah memaksa untuk terjun dalam dunia tarian ini.
Sebenarnya tarian sangat sukar untuk dipelajari. Jika menari tanpa minat yang mendalam pasti sukar untuk mengapai tahap tertinggi dalam bidang ini. Peperiksaan untuk lulus dalam tarian juga sukar. Tidak ada istilah belajar untuk lulus dalam tarian ini. Kini saya boleh menguasai tarian ballet, latin, ballroom, tap dan jazz dengan baik.
Tarian banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya. Ballet adalah sukan yang sangat mementingkan disiplin. Disiplin yang tinggi ketika mempelajari tarian terutama ballet mengajar saya menjaga masa dan disiplin diri. Malah, ballet menjadikan postur tubuh saya kelihatan lebih cantik.
Selain itu tarian ballet membantu saya kekal aktif dan cergas. Walaupun tarian ini nampak lembut dan berirama namun, kita perlu cekal dan bertenaga untuk melakukannya. Saya akan sentiasa menari sampai bila-bila,” bicara Amelia yang pernah mementaskan persembahan teater muzikal The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa tahun lalu pengacara dan pelakon cantik berusia 30an, Uyaina Arshad pernah disahkan menghidap komplikasi jantung.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak yang sememangnya menjadi minat Uyaina sebelum ini.
AKTIF SUKAN
āSaya seorang yang workaholic and enjoy working. Saya juga sukakan aktiviti berlari. Ketika di bangku sekolah saya memang aktif dalam aktiviti sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
Pada Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor yang merawat, ianya berlaku kerana jantung ādipaksaā untuk bekerja secara berlebihan.
Kebetulan tahun lalu saya terlalu bekerja keras, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan. Selain itu, saya turut amalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan.
NASIHAT
Sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.
Ingat, badan kita bukan mesin. Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia. Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.ā
Kesimpulannya sakit tidak mengira usia, siapa, bila dan bagaimana ia terjadi. Oleh itu, hargai kesihatan kerana ia adalah harta paling berharga selagi kita diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini.
Uyaina merupakan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 dan kini sedang komited mengembangkan kerjayanya di Indonesia. Semoga Uyaina kekal sihat seterusnya berjaya menggapai apa yang diimpikan.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas wajah Penyampai Berita TV ini seiras selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor. Meskipun dikurniakan rupa paras cantik namun jika tidak disusuli dengan usaha gigih dan semangat kental untuk memajukan diri, sudah pasti apa yang diidamkan tidak akan menjadi nyata. Baru berusia 23 tahun, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini berjaya melakar kejayaan dalam kelas tersendiri.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hawa memulakan karier dalam bidang penyiaran sebagai pelatih industri di sebuah stesen televisyen swasta. Menyedari potensi yang ada pada wanita muda ini, Hawa seterusnya diterima menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita TV.
Rupa-rupanya darah dan bakat yang dimiliki Hawa diwarisi daripada bapa tersayang, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang pernah menjadi pengacara program RTM sekitar tahun 1990an.
Selain komited dengan kerjaya impian hari ini, dek kerana populariti Hawa di media sosial.. dia juga sering dijemput menjadi panel bagi program berbentuk motivasi dan juga ilmiah. Walau penglibatannya dalam industri penyiaran masih ‘hijau’, namun rezeki Hawa kian melimpah ruah apabila dia dilamar menjadi Duta jenama muslimah, Umma. Untung empunya badan!
Malah, nama Hawa semakin dikenali ramai sejak kemunculannya sebagai wajah terbaru Buletin Utama TV3 semalam. Seperti kebiasaan, wajahnya sekali lagi dikaitkan dengan rupa paras menawan Neelofa dan pastinya Hawa sudah lali dengan situasi tersebut.
Dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat … Hawa memiliki darah kacukan Arab, Siam dan Acheh. Patutlah cantik! Sebagai Instafamous dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial, kejayaan yang diraih Hawa sudah tentu menjadi pemangkin semangat khususnya buat generasi muda untuk menggapai impian seperti dirinya.
Kredit: Instagram Hawa Rizwana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon cantik Mia Ahmad kini selesa dengan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu. Selain menguruskan bisnes barangan ibadah, Sameeha.co, Mia kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga.
Tenang dan bahagia sangat melihat perubahan Mia sekrang ini terutama dari segi penampilan dirinya.
Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Taāzim (JDT), Izham Tarmizi ini sedang melalui satu fasa penghijrahan yang menjadi titik tolak kepada perubahan dirinya sekarang. Sering mengenakan pakaian longgar dan bertudung labuh menjadikan penampilan sopannya itu mendapat pujian dan sokongan ramai. Rata-rata warganet mengharapkan agar Mia terus istiqamah.
Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi seringkali dilihat berkongsi kisah penghijrahan dirinya dan suami di Instagram sehingga meraih perhatian ramai. Baginya bukan mudah untuk istiqamah tetapi dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.
Menurut ibu kepada dua anak ini, perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Apatah lagi sempena Ramadan kali ini dia ingin mengambil keberkatan bulan yang mulia itu untuk menjadi insan yang lebih baik.
Salah satu posting menarik di Instagram iaitu perkongsian Mia tentang momen terindahnya bersama suami apabila berpeluang mempelajari Al-Quran bersama-sama. Menurut Mia, dia sendiri tidak pernah membayangkan momen terindah itu. Maka sebab itulah dia cukup teruja untuk berkongsi ‘journey’ dia dan suami sempena bulan Al-Quran serta menghargai jasa ustaz yang telah mengajar mereka berdua.
āPost ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing journey kami bersama sempena bulan Al-Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabaran dia mengajar kami berdua. Terima kasih ustaz…ā
āTak pernah saya bayangkan kami akan ada moment berdua belajar Al-Quran bersama-sama.ā
āYang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami…ā
āHopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.ā
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...