“Kadang Tak Cukup Tidur!” Fasha Sandha ‘Struggle’ Besarkan 3 Anak Sambil Bekerja!

Bukan senang mahu mengatur temu bual dengan wanita cantik ni. Jadual rutinnya begitu padat, berlakon sambil uruskan bisnes, keluarga dan anak-anak tersayang. Justeru peluang bertemu Fasha Sandha sempena majlis baby shower Elisya & Haq di Genting Highlands kelmarin, langsung tidak disia-siakan.

Duduk tenang di penjuru kafe, Fasha, Aidil serta anak-anak bahagia menikmati momen bersejarah adik bongsu kesayangan mereka dari jauh. Hadir sebagai tetamu, Fasha Sandha ketika itu rupa-rupanya masih terikat dengan penggambaran di tingkat 10, hotel yang sama.

Meskipun terlihat penat berkejar-kejar untuk pelbagai komitmen, ibu anak tiga itu tetap mesra melayan temu bual Majalah Nona. Akuinya, beliau sendiri kadang-kadang ‘tak cukup masa’ untuk semua perkara, namun kerana terlalu meminati kerjaya seni, perkara itu lama-kelamaan sudah tak terasa.

Fasha Sandha di sisi suami bersama ibu bapa dan adik-beradik tersayang

 

Tampil manis dalam persalinan kurung lilac, Fasha dan Aidil dibantu seorang pengasuh sibuk menguruskan tiga anak-anak yang beraneka ragam. Adat punya anak kecil, memang struggle dibuatnya! Ada yang berlari, menangis, nak makan, nak susu, oh… wajah tenang pun jadi garang.

Fasha tak cukup tidur? Tonton pengakuan eksklusif ini yang dirakam berlatarkan suasana dingin di Genting Highlands…

 

RUMAH PERTAMA

Selain kisah kerjaya, Fasha juga berkongsi perkembangan rumahnya yang baru diubah suai. Beli rumah pertama umur 21, sekarang siap ada surau sendiri!

“Syukur alhamdulillah apabila hasil kerja dihargai, daripada rumah teres biasa menjadi rumah idaman.” Fasha Sandha

Banyak mendapat inspirasi daripada Google dan showroom, Fasha menjelaskan beliau sendiri yang membeli serta menghias rumah itu dengan bantuan Ella Furniture. Bayangkan kala melangkah ke ruang tamu, cantiknya rumah Fasha bagaikan sebuah banglo!

 

Bagi yang mengenali aktres ini pasti tumpang bangga melihat kejayaan yang diraihnya hingga sekarang. Fasha Sandha seorang wanita yang cukup punctual, berdisiplin dan tegas.

Beliau juga sangat pandai menjiwai watak. Tak hairanlah pada usia 38 tahun, era Fasha Sandha masih belum berakhir, beliau masih dipilih sebagai karakter utama meskipun ada ramai pelakon-pelakon muda di Malaysia!

Fasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira, dua tahun.

Sebelum ini, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan pertama dengan Rizal Ashram.

Share
Published by
Norzalina