Kafe Butik FRED SEGAL Tawar Menu Citarasa CALIFORNIA

Trend kafe dalam butik atau boutique café bukan lagi perkara yang asing. Ibarat setelah selesai membeli belah para pengunjung dapat menikmati keenakan menu ringkas seperti kek dan kuih sambil menghirup minuman panas mahupun sejuk. Konsep ini mungkin agak baharu di Malaysia tetapi ia sememangnya amat popular di Eropah di mana jenama antarabangsa turut mempunyai rangkaian kafe di butik-butik eksklusif mereka.Ibaratnya, sambil menikmati hidangan yang dipesan, mata masih lagi boleh ‘dijamu’ dengan pelbagai barangan yang dipamerkan di dalam butik tersebut!.

Kafe Fred Segal menonjolkan sentuhan interior moden yang menarik. Warna-warna rasmi Fred Segal seperti putih, biru dan merah turut diterapkan sebagai rona latar belakang termasuk di meja, kerusi serta rel logam di dalam kafenya. Sementara itu, penggunaan  kertas dinding bercetak yang berkonsepkan funky

serta slogan dalam cahaya neon menyerlahkan lagi elemen bercita rasa tinggi untuk butik dan café Fred Segal ini. Sememangnya pemilihan konsep ini melambangkan ciri moden yang menjadi sebahagian komuniti millennial masa kini.

Suasana dan ambien untuk kafe Fred Segal membawa identiti serta ciri-ciri Fred Segal sepenuhnya kepada para pelanggan. Di kafe ini para pelanggan boleh menikmati menu istimewa cita rasa California sama ada makan terus di situ atau ia boleh bawa pulang. Aturan menu yang terpampang di kafe mewakili hidangan hype California yang mudah disediakan. Melihat pada menu tersebut, ternyata ianya berkonsepkan menu hidangan ringkas seperti flatbread pizza, tacos, sandwich, manisan serta aneka snek. Pastinya hidangan ini menepati citarasa masyarakat kini yang gemarkan hidangan yang ringkas apatah lagi apabila keluar membeli-belah.

Tahun ini  butik kafe Fred Segal pertama kali dibuka di One Utama Shopping Centre berkonsepkan butik kafe. Bukan hanya membawa ciri-ciri budaya Southern California, Fred Segal turut membawa koleksi terbaik khusus untuk wanita dan lelaki termasuk aksesori. Tidak ketinggalan, aksesori rumah dan gaya hidup turut terdapat di sini. Fred Segal menjadi kebanggaan California terutama di kalangan pereka fesyen, artist dan pereka hiasan dalaman.

Sejak penubuhannya pada tahun 1961 Fred Segal seringkali menjadi destinasi beli belah yang unggul di samping terkenal di kalangan warga Amerika. Jenama ini turut menawarkan pengalaman beli belah yang cukup menyenangkan di bawah satu bumbung. Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke kafe ini jangan lupa untuk singgah sekali di butiknya. Terdapat pelbagai koleksi kasual ready-to-wear, formal dan street wear seperti Publish, Alez Mill, J.O.A, Pysho Bunny dan Monrow. Di sampin itu, Fred Segal turut menawarkan item-item daripada jenama popular antarabangsa seperti Deus Ex Machine (Australia), Ksubi (Australia), Karssen (Belanda) dan Soko (Kenya).

 

Share
Published by
Rosmah Idayu