“Kagum Hubungan Baik Suami & Kak Erra, Tak Mahu Jadi Ibu Tiri Cukup BFF Aleesya,” LAUDYA CYNTHIA BELLA

Anak kesayangan kepada selebriti Erra Fazira baharu sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke10. Sudah pasti kehadiran Erra sebagai ibu kepada Engku Aleesya begitu sibuk di majlis tersebut dan turut hadir Laudya Cynthia Bella memeriahkan majlis. Aleesya yang semakin cantik ini kelihatan gembira di majlis hari jadinya lebih-lebih lagi kehadiran ‘dua orang ibu’ sekali gus.

Kemesraan di antara wanita yang mesra di sapa Bella ini dengan anak kepada suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah diketahui umum. Ramai wanita yang berbangga apabila Bella menerima kehadiran Aleesya dengan hati yang terbuka. Lebih mengagumkan apabila Bella mampu berkawan baik dengan bekas isteri suaminya itu.

Umum pasti tertanya-tanya sejauh mana keserasian hubungan Bella dengan mantan isteri Engku Emran, Erra Fazira. Bella berkata, ternyata dia amat mengagumi ibu kepada Engku Aleesya dan menghormati Erra sebagai ibu kepada Engku Aleesya.

 

“Saya kagum melihat hubungan baik Abang dan kak Erra yang amat baik. Jadi, sangat mudah untuk saya rapat dengan mama Aleesya. Saya tidak ingin menjadi figura ibu tiri untuk Aleesya kerana dia sudah pun mempunyai seorang ibu yang terbaik untuk dirinya.

Jadi, saya lebih selesa meletakkan diri sebagai sahabat buat anak manja ini. Kami sering keep in touch mengenai apa sahaja. Malah, kami sering berzumba bersama! Saya bersyukur kehadiran saya sebagai sahabat Aleesya dan saudara buat Kak Erra.

Menjadi isteri dan ibu ‘segera’ kepada cahaya mata tunggal Engku Emran hasil perkahwinan terdahulu, Engku Aleesya, Bella ternyata bijak membawa dirinya bukan sahaja sebagai isteri, malah ‘bersahabat baik’ dengan Engku Aleesya.

Memasak antara tugas utama wanita sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Sebagai wanita, Bella juga tidak terkecuali menyediakan hidangan untuk suami tersayang setiap kali berada di Kuala Lumpur. Ujar Bella, dia banyak mempelajari menu kegemaran suami tersayang melalui ibu mentua dan youtube.

“Sejak berumah tangga, saya belajar memasak untuk abang. Abang tidak cerewet dan dia merupakan suami yang tidak banyak kerenah. Itu yang menggembirakan saya. “Saya belajar memasak untuk abang dan selalu membuat kopi kegemarannya dan menyiapkan hidangan seperti buah untuknya,” ungkap Bella yang gemar menu seperti nasi lemak dan minuman kopi.

Bella amat menyokong minat suami tersayang dalam bidang sukan seperti berbasikal dan pasangan ini menjadikan aktiviti berjogging sebagai rutin harian mereka walaupun tatkala bercuti. “Abang memang seorang sportsman yang ekstrem. Bayangkan, abang boleh berbasikal dari selepas subuh hingga jam 11 pagi dan menjelajah puluhan kilometer. Kedengaran agak ekstrem tetapi minatnya itu baik untuk kesihatan,” katanya.

“Aktiviti masa lapang kami banyak dihabiskan dengan aktiviti olahraga dan kuliner di rumah. Ada ketikanya, abang akan masuk ke dapur menemani Bella memasak,” tutur Bella.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan