Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.
Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.
Pameran seni Jamila ini berlangsung mulai 29 Mac hingga 15 April 2022.
Sel Kanser Kembali, Ibu SYED SADDIQ Tak Patah Semangat Lawan Breast Cancer Sejak 2013!
Kagum dengan semangat kental ibu kepada empat anak ini. Baru sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai pendidik pada Ogos lalu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sememangnya seorang pejuang! Meskipun kanser payudara yang berjaya diatasinya kira-kira tujuh tahun lalu kini kembali menyerang, namun wanita hebat ini tabah mengharungi ujian dengan ceria di samping keluarga tersayang.
Kisah perjuangan Sharifah Mahani menentang kanser payudara mula mendapat perhatian umum apabila anak keduanya yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan perkara tersebut di media sosial miliknya. Menerusi posting bertarikh 27 Julai itu, pemuda berusia 26 tahun berkenaan memuatnaik gambarnya di samping ibu tersayang di sebuah hospital.
Kongsi Syed Saddiq yang ketika itu menghadiri persidangan parlimen, dia terpaksa meninggalkan persidangan tersebut lebih awal kerana mahu pulang ke Johor untuk bertemu ibunya.
“My mum is a fighter. In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back. Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells. Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way.”
Perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Seminggu selepas Sharifah Mahani selamat menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser di dalam badan, dia kemudian diraikan dalam satu majlis persaraan setelah lebih 30 tahun bertugas sebagai guru. Jadi, lepas ni bolehlah ibu Syed Saddiq dapat banyak berehat.
Biarpun baru seminggu menjalani prosedur pembedahan tapi Sharifah Mahani tetap gigihkan diri menyertai majlis persaraan berkenaan. Lebih istimewa, dia tampil menawan dalam persalinan songket kuning dan bertudung polos kelabu bak penampilan seorang puteri! Dari riak wajahnya, terpancar sinar bahagia walau kesakitan yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu.
“Selamat bersara mama. She has served as a teacher for 38 years. She’s not just my mum, but my teacher. Minggu lepas baru lepas surgery, berentap lawan cancer, hari ni dah kembali sebagai ‘Queen of the day’ untuk majlis persaraan. I love you ma.
38 tahun mama berkhidmat sebagai seorang cikgu. Sekarang mama sudah berumur 60 tahun dan officially seorang pesara. I cannot ask for better parents than mama & abuyah. They dedicate their blood, sweat & tears in making me a better person. I can only wish that I can match them as a responsible parent to my children in the future. InshaAllah.”
Mengikuti perkembangan Syed Saddiq, pemuda ini memang gemar berkongsi kisah dan aktiviti keluarga tercinta. Jelas terbukti betapa Syed Saddiq mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban demi kejayaan Ahli Parlimen Muar itu sehingga ke hari ini.
Buat ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani… semoga terus tabah dan kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya berjuang menentang kanser payudara sudah pasti memberi inspirasi kepada seluruh wanita.
Kredit: Instagram Syed Saddiq
Buah Hati Elisya Sandha Cecah Usia Setahun, Wajah Comel & Telatah Bunga Elhaq Jadi Tumpuan!
Terhibur tengok telatah manja dan comel anak kesayangan Elisya Sandha, Bunga Elhaq. Genap berusia setahun pada 18 Jun 2022, kecomelan bayi perempuan ini kian terserlah dan mewarisi gen pelakon jelita berkenaan.
Walau masih kecil nama Bunga Elhaq mula dikenali ramai kerana bukan hanya berstatus anak selebriti. Bahkan dia juga cucu sulung pengarah dan pelakon popular, Sheila Rusly.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha merupakan adik kepada Fasha Sandha. Dramatis ini mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy atau dikenali sebagai Haq pada 21 Ogos 2021.
Difahamkan nama Bunga diberi oleh nenda tersayang, Sheila Rusly manakala Elhaq pula ialah singkatan nama Elisya dan Haqimy. Penuh makna!
Walau sibuk dengan urusan rumah tangga dan mempunyai anak, namun Elisya tetap aktif berlakon dan wajah cantiknya sering menghiasi kempen jenama kecantikan dan produk bayi.
Bergelar ibu pada usia muda ia bukanlah halangan buat Elisya untuk melakar nama dalam industri dan berjaya.
Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini mendedahkan realiti sebenar seorang ibu bekerjaya.
“To all the working moms out there! You’re doing great, you are super mom. Penat kerja pun tetap cari masa untuk anak, sekarang faham bila orang cakap bila tengok anak senyum terus hilang rasa penat. I’m working hard for you, Bunga Elhaq.”
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Elisya meluahkan hasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je.
Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Moga segala impian Elisya dan Haq dimakbulkan Allah SWT.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/adik-anzalna-dapat-anak-wajah-comel-nur-helena-jadi-tumpuan-ada-lesung-pipit/
Anda Sudah Bersedia? Tarikh PRU15 Ditetapkan Pada 19 November
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15.
Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari bermula selepas hari penamaan calon pada 5 Nov.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar PRU15 di Menara SPR, di sini pada Khamis. Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas SPR untuk menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 10 Oktober lalu.
Sumber dan gambar: ASTRO AWANI