Di sebalik gaya trendy selebriti terkenal Neelofa, mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan yang bertanggungjawab memastikan gaya hijab artis pujaan ramai itu sentiasa tampak cantik dan bergaya.
Orangnya ialah Didiyana Ehsan, celebrity hijab stylist yang terkenal dengan lilitan tudung draped by didi. Sering bekerjasama dengan selebriti terkenal tanah air, nama Didi kian dikenali dan khidmat hijab stylist mula mendapat tempat di hati penggemar fesyen berhijab. Berbicara bersama Didi yang juga merupakan pereka fesyen, ia membuka lembaran baharu buat fesyen wanita berhijab.
TREND HIJAB 2018
Seperti yang kita dapat lihat pada tahun sebelumnya, stail hijab lebih kepada gaya loose.
Berbicara mengenai trend hijab bagi tahun 2018, stail turban dijangka hangat dan mendapat tempat di hati penggemar fesyen. Namun, penggayaan turban pada hari ini lebih meluas dimana ia boleh digayakan dengan turban semata-mata atau boleh digayakan bersama selendang di atasnya. Selain itu, ia masih boleh digayakan dengan stail loose atau gaya apa sekalipun asalkan ia kelihatan kemas dan bersih.PEMILIHAN DAN PENGGAYAAN HIJAB
Warna dan material memainkan peranan yang sangat penting. Pemilihan warna dan material yang salah boleh mempengaruhi si pemakai. Paling penting ialah harus bijak memilih warna dan material. Selain itu, kenali bentuk wajah terlebih dahulu sebelum menggayakann stail hijab.
Sebagai contoh, bagi mereka yang memakai kaca mata, stail loose adalah stail yang paling tepat. Bagi memadankan pakaian dengan hijab, pemilihan warna cukup penting. Kurangkan nada warna pada tudung jika baju yang dipakai terlalu bold dan begitu juga sebaliknya.
TIP MEMAKAI HIJAB
PENERIMAAN HIJAB STYLIST
Alhamdulillah selama 7 tahun dalam bidang hijab styling, terdapat banyak respons positif dan tidak kurangnya yang memberi kritikan negatif. Bagi saya, saya mengambil kedua-duanya sebagai motivasi untuk diri saya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan Berjaya. Selaian itu, kerjaya sebagai hijab stylist ini boleh dikatakan setanding dengan kerjaya jurusolek dan juga hair stylist kerana ia kian mendapat perhatian dan penerimaan sebagai satu kerjaya.
SELEBRITI PILIHAN
Sudah tentu Neelofa. Beliau seorang yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu. Beliau sentiasa menerima idea baharu dari team mahupun stylist untuk menjadi lebih trendy dalam dunia fesyen. Beliau juga boleh membawa sesuatu pakaian atau looks dengan baik sekali.
Selain itu, beliau berani untuk kelihatan berbeza dengan cara tersendiri dan mengajar wanita berhijab di luar sana untuk menjadi seorang yang bijak berfesyen walaupun mengenakan hijab. Neeofa juga sukar untuk kita lihat beliau dengan fesyen yang sama kerana beliau sentiasa tampil berbeza setiap kali muncul di kaca televisyen mahupun di acara-acara berprestij.
This website uses cookies.