Memang terinspirasi tengok gaya hidup selebriti cantik, Lisa Surihani sejak beranak dua ini. Dalam kesibukan menjaga Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, masih sempat menjayakan kempen kesedaran dan promosi produk yang diwakilinya.
Ads
Lisa yang juga merupakan Duta kepada CyberSafe Malaysia iaitu kempen yang memperkasakan penggunaan internet selamat di kalangan wanita dan kanak-kanak turut menghadiri Seminar Keeping Woman and Children CyberSafe baru-baru ini di samping Tan Sri Dato Seri Profesor Emerita Dr Sharifah Hapsah dan Harith Iskander.
Apa yang menarik perhatian Nona apabila aktres popular ini semakin aktif mengunjungi pusat senaman dan gimnasium bagi mengekalkan stamina serta mendapatkan susuk tubuh ideal. Menerusi perkongsian foto-foto Lisa di laman Instagramnya, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini komited mengikuti sesi kecergasan dengan membuat pelbagai jenis senaman sambil dibantu jurulatih gim.
Antara artis yang turut kelihatan adalah ibu kepada sepasang anak kembar, Sazzy Falak. Patutlah Lisa nampak makin cantik dan langsing sekarang. Rajin ke gym rupanya!
Ads
Selain mengunjungi gimnasium bersama kenalan artis, Lisa juga mula menyertai program berbasikal Avillion Coastal Ride bersama suaminya di Port Dickson, September lalu. Difahamkan ia adalah pengalaman pertama Lisa dalam sukan tersebut.
Ads
Kalau Lisa yang sibuk dengan segala macam aktiviti dan menguruskan anak yang masih kecil pun mampu kekal aktif dan menawan, anda pun patut ikut rahsia langsing beliau dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Tiada jalan singkat untuk kurus dan cantik kalau alasan malas bersenam ya!
Foto: instagram Lisa Surihani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini sememangnya memiliki pesona tersendiri. Walau sudah berkahwin dan bergelar ibu, kecantikan Che Puan Juliana Evans tidak pudar dimamah usia. Mula mencipta nama dalam bidang pengacaraan seawal usia belasan tahun, jelitawan ini tidak hanya berjaya sebagai pengacara bahkan berbakat besar dalam industri seni lakonan.
Aktif berkongsi aktiviti terkini di media sosial, bekas pengacara program popular REMAJA ini juga tidak ketinggalan berkongsi momen sewaktu zaman kanak-kanak. Menerusi perkongsian gambar-gambar Che Puan Juliana, jelas terserlah kecantikan selebriti berusia 32 tahun tersebut.
Difahamkan Che Puan Juliana mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Garden (SSG) yang merupakan sebuah sekolah persendirian pada tahun 1990. Lebih istimewa, bapanya ialah salah seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan selama beberapa tahun. Malah dalam gambar yang dikongsikan Che Puan Juliana di sekolah kebanyakannya ketika dia berada di pejabat bapa tersayang.
Ujarnya, “So grateful for the moments we had in primary school when everyone used to spend recess together playing all sorts of outdoor games. My favourite was ‘zero point’ or in Bahasa, ‘getah’. Moments like these are what school is all about, socialising, playing, eating, studying together.
Sad that the younger generation now for the past 2 years who don’t get this privilege (due to covid) to have a normal upbringing in school. I just hope that everything will go back to normal again soon so that children can have their school life back!”
Terbaharu, Che Puan Juliana mengacarakan sebuah program perubatan di saluran UnifiTV. Yang pasti, sejak bergelar ibu dan permata hatinya meniti usia dua tahun barulah Che Puan Juliana kembali aktif dengan kerjaya. Iyalah, sebagai ibu pasti beliau mahu memberi yang terbaik dan sepenuh tumpuan kepada anak.
Disember lalu, Che Puan Juliana melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Duta Kempen Promosi Pelancongan ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ selama dua tahun! Sebagai anak jati Selangor, ia sudah tentu khabar gembira buat personaliti ini kerana berpeluang mempromosikan negeri kelahiran.
Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
Lebih dua tahun melayari rumah tangga, Che Puan Juliana dan suami akhirnya dikurniakan zuriat perempuan pada 13 Julai 2019. Puteri comel kesayangan mereka ini diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Meniti usia 32 tahun pada Julai nanti, pesona dan wajah cantik Che Puan Juliana masih memukau. Tidak hairanlah tahun lalu, namanya tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain mempunyai kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry.
Kredit: Instagram Juliana Evans
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan artis wanita era 80an Azian Mazwan Sapuwan yang popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi. Wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 46 tahun.
Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 cm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg. Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Kagumnya!
Ketika penulis berbual santai bersama Azian dalam satu sesi fotografi, Azian sempat berkongsi 10 rahsia cantik dan sihat yang diamalkan. Mudah rupanya! Tapi syaratnya perlu konsisten ya.
10 RAHSIA CANTIK & SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
Banyakkan meminum air kosong.
Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Selain bergelar penyanyi, Azian juga kini merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Azian pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang yang sama. Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak usia 11 tahun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Kredit Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas, ada iras wajah Kajol! Kalau 24 tahun lepas, penonton terpikat dengan kecomelan ‘Anjali’ kini pelakon cilik filem Kuch Kuch Hota Hai berkenaan raih perhatian kerana makin jelita.
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain.
Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik waktu itu yang melakonkan watak sebagai Anjali atau anak kepada Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik nama Sana Saeed!
24 tahun telah berlalu, pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita berimej matang dan cantik.
Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India.
Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012.
Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang berusia 34 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sanashow. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Menerusi perkongsian Sana di Instagram miliknya, aktres Bollywood ini difahamkan berada di Los Angeles.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...