Kelibat selebriti cantik, Datin Hajah Fouziah Gous sejak di awal kemunculannya dalam industri seni sehingga kini langsung tak berubah. Malah semakin berseri-seri sejak mengambil keputusan berhijab sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji tempoh hari.
Kelangsingan tubuh Datin Fouziah walau sudah memiliki dua orang cahaya mata, Muhammad Zeeshan Md Zhafran dan Zaheen Yusof Md Zhafran ini menjadi bualan. Nona bersyukur apabila pelakon filem Otai dan Sifu & Tongga ini tidak lokek berkongsi rahsia kekal langsing bak anak dara miliknya.
“Sebenarnya tiada rahsia yang istimewa. Cara saya kekal langsing mungkin sama macam orang lain juga. Saya tak ikat perut, diet teruk-teruk sampai tak makan tu tak makan ni untuk kekal langsing. I always enjoy my food
.Cuma saya kurangkan makanan manis. Saya bersyukur kerana saya sendiri memang tak suka minum manis sangat. Saya juga tak minum air sejuk tapi kadang-kadang minum juga cuma tak selalu. Saya tak kerap makan benda yang bergoreng dan berminyak. Mungkin amalan pemakanan saya ini sedikit sebanyak membantu saya kekal langsing,” ujar wanita yang berusia 37 tahun ini.
Selain menjaga pemakanan, Datin Fouziah juga mengamalkan gaya hidup sihat. “Selain menjaga pemakanan saya juga seorang yang sangat aktif. Saya seorang yang tak tahu duduk diam. Jadi, kadang-kadang kalau tidur dua atau tiga jam pun saya boleh bangun pagi macam biasa.
Saya boleh pergi hiking, boleh pergi gym saya dan saya jenis yang tiap-tiap hari kena masuk pejabat. Saya banyak berjalan walaupun bersama dengan anak. Macam mana penat sekalipun saya alhmadulillah so far
tak ada masalah,” ujar isteri kepada Datuk Zhafran Md Yusof ini.Tak cukup dengan itu, misi mengorek rahsia perut kempis Datin Fouziah diteruskan lagi. “Rahsia perut kempis saya adalah dengan Muay Thai. Sukan Muay Thai ini memang berbeza dengan sukan lain. Kalau nak cakap pasal sukan boleh dikatakan semua jenis sukan saya pernah lakukan.
Kalau nak tahu saya dulu salah seorang pemain hoki mewakili Kuala Lumpur. Zaman sekolah saya terlalu aktif. Kini setiap minggu memang saya akan hiking.
Tapi, apa yang saya nampak keistimewaan Muay Thai adalah kita boleh kurus dengan cepat. Ini kerana kita akan menggunakan semua anggota tubuh untuk melakukan pergerakan. Pergerakan pantas ini membantu untuk mengekalkan perut yang kempis,” terang pemilik gym
yang diberi nama Fighters Den Muay ini.Bila ditanya tentang idea membuka gym ini, jawab Datin Fouziah, “Idea membuka gym ini datangnya bila saya cakap my passion is more to natural product. Tambahan pula saya seorang yang sukakan fitness. Jadi, selepas saya merasakan perniagaan sarang burung semakin stabil baru saya membuka gym ini,” jelas Datin Fouziah yang berkongsi bersama rakan niaga untuk membuka gym ini.
Semoga Datin Fouziah Gous terus menyuntik inspirasi kepada semua wanita untuk kekal cantik, aktif, kaya dan berjaya sepertinya.
Foto: Instagram @fouziahgous
This website uses cookies.