Sebagai sebuah negara Islam dengan anggaran populasi sekitar 3 juta orang, Nona tertarik melihat keanggunan ‘First Lady of Qatar’ iaitu Sheikha Jawaher Al Thani. Berusia 38 tahun, gaya elegan dan kecantikan semula jadi Baginda Permaisuri mencuit perhatian, ditambah lagi sifat cintakan ilmu yang menebal dalam jiwa isteri Emir Qatar tersebut.
Merupakan sebuah negara monarki diraja, Yang Mulia Sheikh Tamim menerima kuasa pemerintahan daripada ayahandanya, Yang Mulia Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
Ketika menaiki takhta pada tahun 2013, Sheikh Tamim yang ketika itu baru berusia 33 tahun mencatat sejarah sebagai raja termuda berkuasa di negara Teluk Arab.
Emir Qatar dan isteri ketika menghadiri istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II
Namun sebelum itu pasti ramai yang masih mengingati keanggunan bonda Sheikh Tamim, Sheikha Moza bint Naseer yang cukup dikagumi oleh ramai wanita.
Seorang yang aktif dalam bidang kebajikan, Sheikha Moza juga terlibat dengan pelbagai kerja amal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pernah diangkat sebagai di antara 100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia.
Kehebatan Sheikha Moza sering menjadi inspirasi pemimpin wanita. Kini selepas takhta Qatar diambil alih oleh anaknya, ramai yang berharap agar First Lady of Qatar yang terkini iaitu Sheikha Jawaher meneruskan legasi ibu mertuanya.
Fesyen Sheikha Moza sering menjadi inspirasi
INSPIRASI
Ads
Sebagai Emir Qatar yang disegani dunia, Sheikh Tamim banyak membawa perubahan kepada negara pengeluar petroleum dan gas asli itu.
Antaranya melakar sejarah sebagai negara pertama di Timur Tengah diberi penghormatan menganjurkan Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2022.
Sheikha Jawaher merupakan isteri pertama Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Baginda berdua berkahwin pada tahun 2005 dan bergelar permaisuri apabila suaminya menaiki takhta pada tahun 2013.
Sosok permaisuri berusia 38 tahun ini jarang menjadi perhatian media malah ketika baginda berkunjung ke Madrid, Sepanyol pada Mei 2022, ia menjadi penampilan perdananya secara rasmi, kira-kira sembilan tahun selepas diangkat sebagai Permaisuri Qatar.
Ads
Pertemuan pasangan diraja Sheikh Tamim dan Sheikha Jawaher bertemu Raja Felipe VI dan Ratu Letizia di Istana Zarzuela, Sepanyol itu ternyata menjadi perhatian media.
Tampil elegan dalam balutan kemeja dan celana panjang rona putih krim, penampilan Sheikha Jawaher disempurnakan dengan sepasang kot labuh Chanel juga dalam rona serupa.
Ads
Dalam pertemuan diplomatik tersebut, baginda telah dianugerahkan pingat Dame Grand Cross of The Royal Order of Isabella the Catholic oleh Raja Felipe.
Berdasarkan sumber, Sheikh Tamim dan Sheikha Jawaher merupakan dua pupu. Sheikha Jawaher adalah salah seorang kerabat diraja Qatar dan merupakan puteri bekas Menteri Sheikh Hamad bin Suhaim Al Thani.
Pasangan diraja Qatar ini melangsungkan pernikahan pada 8 Januari 2005 di Istana Al Wajbah. Baginda berdua dikurniakan empat cahaya mata terdiri dua putera dan dua puteri bernama Sheikha Al Mayassa, 16 tahun; Sheikh Hamad, 14 tahun; Sheikha Aisha, 12 tahun; dan Sheikh Jassim, 10 tahun.
Seorang yang cantik dan pintar, baginda Sheikha Jawaher berjaya menamatkan pengajian di Universiti Qatar dan menggenggam Ijazah Sarjana Seni pada tahun 2021. Namanya membawa maksud yang indah dalam Bahasa Arab iaitu jawaher yang bererti ‘permata’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayda Jebat yang sedang hangat dengan single terbaharunya, Temberang sekali lagi telah disunting menjadi duta produk kosmetik tempatan. Jenama kosmetik ANAS telah melantik Ayda Jebat duta selain Rozita Che Wan.
Ditanya apakah dengan dirinya yang laris menjadi duta produk mempromosikan jenama tertentu sudah menjadi tiket untuk tidak lagi aktif dalam dunia seni, Ayda bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan itu.
“Saya masih akan berlakon dan menyanyi sekalipun ditawar sebagai duta jenama itu dan ini. Saya lihat tuntutan itu jadi jaminan yang kita ada duit poket. Pengaruh di layar lakonan dan nyanyian itu perlu kerana produk yang diwakili itu juga mahu melihat artis sentiasa berkembang.
“Takkan tak nak keluar TV atau tak buat apa -apa. Jadi memang kena ada kerja lakonan di TV atau filem mahupun lagu. Kerja ini dengan dunia seni sebenarnya saling melengkapi,” katanya.
Memiliki pengaruh yang besar selain pengikut yang ramai di laman sosial, duta kosmetik ANAS ini bagaimanapun belum terfikir untuk memiliki rangkaian jenama sendiri termasuk kosmetik.
“Kalau saya ada tenaga kerja yang ramai, memang sudah terfikir nak ada jenama produk sendiri. Cuma setakat ini belum ke arah itu.
“Setakat ini saya ada keluarkan produk mandian dan krim badan khusus untuk peminat dan budak remaja. Selepas ini saya dapat tahu ada juga perancangan jenama kosmetik ini nak keluarkan saiz yang lebih kecil dan praktikal dibawa dalam tas tangan,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal dan juga isteri kepada Pelawak, Jep Sepahtu, Sari Yanti dikhabarkan telah mengalami keguguran buat kali kedua selepas melangsungkan perkahwinan dengan Jep. Kali pertama Sari mengalami keguguran sebelum melahirkan puterinya Dariya Inara setahun yang lalu. Keguguran kali pertama berlaku kerana Sari mengandung di luar rahim sehingga menyebabkan Sari terpaksa membuang salah satu tiub fallopiannya.
Berita keguguran kali kedua ini telah dikongsi oleh Jep melalui laman Instagramnya semalam, “Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doktor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama Eya selamat operation hari ini ya,” kongsi Jep.
Ketika bertemu dengan Sari Yanti ketika majlis Pop Look Gives Back With Sari Yanti x HOPE Worldwide Malaysia baru-baru ini, sempat bertanyakan tentang perancangan Sari untuk menimang cahaya mata. Nyata ketika itu Sari berkata tidak menolak jika rezeki untuk menambah anak diizinkan olehNya. Mungkin belum rezeki lagi Sari untuk menambah anak ketika ini. Sari juga antara wanita yang bertuah apabila disahkan hamil walaupun hanya tinggal satu tiub fallopian. Cuma belum ada rezeki lagi Dariya dapat adik.
Manakala Sari pula telah berkongsi di laman Instagramnya apabila terpaksa berpisah sementara dengan anak kesayangannya, Dariya dengan menghantarnya ke kampung mungkin kerana terpaksa bermalam di hospital.
Sayu hati Sari apabila Dariya yang pandai membawa diri minum susu menggunakan botol kerana selama ini puterinya itu tidak pernah minum susu menggunakan botol. Teringat ketika temu bual bersama Sari yang mengatakan pernah cuba memberikan Dariya minum susu ibu menggunakan botol tetapi ditolak lembut oleh Dariya yang digelar ‘Yaya Girl’ oleh Sari.
Semoga Sari cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dah rasa bosan dan dah tak tahan dengan tekanan dengan kerja yang sedia ada ini mungkin boleh tukar persekitaran kerja. Jika ada yang sedang bercadang mahu menukar ‘selera’ untuk migrate dan bekerja di luar negara boleh baca ini.
Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh Expat Insider 2018 wanita mahu menyeimbangkan kerjaya seiring dengan kehidupan mereka. selain itu wanita mengharapkan kerjaya yang disandangnya terjamin serta tidak dilupakan gaji yang lumayan.
10. Australia
Wanita bekerja untuk membantu menjana pendapatan keluarga tidak kira yang sudah bekeluarga ataupun sebaliknya. Australia dikatakan negara yang baik untuk berhijrah mencari pekerjaan. 70 peratus wanit yang bekerja di Australia gembira kerana dapat kehidupan yang seimbang di antara keluarnga dan kerjaya.
9. Malta
Berhijrah ke Malta sesungguhnya sangat bermanfaat kepada wanita. 58 peratus wanita dari negara luar Malta yang bekerja di sana berpuas hati dengan kerjaya masing-masing. 66 peratus wanita yang bekerja di pulau itu yakin dengan kerjaya yang disandang oleh mereka.
8. The Netherlands
Wanita yang bekerja di sini sangat berpuas hati bekerja di sini kerana rasa dihormati. Negara ini juga menawarkan kehidupan yang seimbang di antara kerjaya dan kehidupan dan hampir 92 peratus daripada wanita ini gembira dengan perkembangan ekonomi di negara ini.
7. New Zealand
Faktor utama yang membuatkan wanita gembira bekerja di negara ini adalah kerana mencapai keseimbangan dalamkehidupan walaupun mempunyai kerjaya yang mencabar. 80 peratus wanita asing yang bekerja di sini gembira dengan waktu bekerja yang ditawarkan oleh negara ini.
6. Luxembourg
Luxembourg adalah negara yang mengamit kehadiran pekerja asing kerana dikatakan menawarkan gaji yang tinggi. Lebih daripada 76 peratus wanita dari luar yang bekerja di negara ini mengatakan gaji yang mereka terima berkali ganda daripada tanah air sendiri. Siapa tak nak gaji besar kan?
5. Denmark
Kekuatan Denmark sebagai negara yang dipilih oleh expats’ untuk bekerja adalah kerana kesimbangan menawarkan kehidupan sebagai wanita yang bekerjaya. Ini adalah merupakan aset kepada negara ini. Oleh itu, tidak hairan kedudukan negara ini meningkat dari setahun ke setahun sebagai negara yang dipilih oleh pekerja wanita seluruh dunia.
4. Norway
Persekitaran yang seimbang dan kualiti hidup yang baik di negara ini menjadi punca ramai wanita asing yang mahu bekerja di negara ini. Peluang untuk hidup secara sihat serta menikmati kehidupan yang seimbang menjadi dambaan wanita yang bekerja di negara ini.
3. Taiwan
Negara Taiwan telah melonjak termasuk dalam 10 negara yang terpilih kerana pekerja wanita berpuas hati dengan waktu bekerja di negara ini. Hampir 72 peratus wanita berpuas hati dengan waktu bekerja di Taiwan berbanding 60 peratus pada tahun 2017.
2. Bahrain
Tahun 2017 negara ini telah dinobatkan sebagai negara yang menjadi pilihan utama wanita asing untuk bekerja. Namun pada tahun 2018 jatuh satu anak tangga. Prospek kerjaya ditawarkan oleh negara ini sangat tinggi di tambah pula dengan keseimbangan hidup dalam diri wanita yang bekerjaya.
1. Czech Republic
Peluang pekerjaan terhadap wanita yang ditawarkan oleh negara ini sangat terbuka luas. Negara ini juga sangat mengalu-alukan kehadiran pekerja dari negara luar untuk mencurahkan bakti di negara mereka. Kepuasan wanita yang bekerja di negara ini semakin meningkat setiap tahun. Dikatakan peluang pekerjaan untuk wanita lebih terbuka luas berbanding lelaki di negara ini. Jom kita cuba nasib berhijrah ke republik ini.
Sumber: www.msn.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.