Siapa kata berkahwin pada usia muda tak menjamin masa depan. Kalau dipandang dari sudut positif, pasangan dapat merancang masa depan keluarga lebih awal seterusnya menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan matang.

Ads

YM Tengku Norhanim Tengku Othman dan suami, Faiz Hussamuddin berjaya membuktikan berkahwin pada usia muda banyak hikmahnya. Apa yang penting masing-masing perlu saling menghormati dan sabar dalam melayari bahtera rumantangga.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan Berjaya“Saya dan suami kenal dalam masa yang singkat. Kami berkahwin pada tahun 2012. Waktu itu saya masih menuntut di universiti dan suami pula baru tamat pengajian Diploma. Selepas berkahwin bermulah fasa mengenali hati budi masing-masing. Bergaduh dan salah faham perkara biasa dalam proses mengenali.

Maklumlah semasa bercinta lain, selepas berkahwin lain pula kisahnya. Tetapi kami cuba elak bermasam muka lebih daripada satu hari. Alhamdulillah walaupun kahwin muda, perkahwinan kami masih bertahan dan bahagia. Tahun ini genaplah 9 tahun usia perkahwinan kami,” kongsi Tengku Hanim.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaTak dinafikan kahwin muda banyak dugaannya. Masing-masing ada ego tetapi suami mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Ketenangan itulah yang menyejukkan jiwa saya. Kalau saya ada buat silap suamilah teman paling rapat. Saya seorang yang mudah menerima teguran positif. Saya juga tak pernah menyesal atau merungut dengan kehidupan kami kerana masing-masing saling melengkapi.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaSelain bertolak ansur kami juga saling mempercayai dan jujur dalam perhubungan. Itulah salah satu rahsia kebahagiaan rumahtangga kami. Jika berselisih faham biasanya kami akan tunggu keadaan kembali reda kemudian barulah berbincang secara berhemah,” ungkap anak jati Kelantan berusia 30 tahun ini yang merupakan ibu 2 anak.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaSUAMI PENYAYANG & SUKA BERGURAU
“Walaupun cerewet, suami seorang yang sangat penyayang. Sikap suami yang suka berjenaka dan bergurau senda menjadi ‘penambah rasa’ dalam rumahtangga kami. Bagi saya untuk kekal bahagia, seorang suami perlu tahu apa kekuatan dalam rumahtangga.

Selain itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat faham dengan kesibukan saya sebagai usahawan. Contohnya kalau saya tak sempat memasak, suami tak pernah memaksa. Sebaliknya, suami menyediakan pembantu rumah bagi meringankan beban saya.

Ads

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaPENTINGKAN DIDIKAN ANAK-ANAK
Sesibuk mana pun, Hanim dan suami tetap akan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Justeru, dengan memilih perniagaan sebagai fokus utama adalah sangat tepat. Setidak-tidaknya dapatlah mereka memanfaatkan masa yang lebih fleksibel bersama keluarga.

“Saya dan suami sangat mementingkan pendidikan anak-anak sejak mereka kecil. Contohnya, ketika Adelea berusia 4 tahun kami hantar ke playschool. Setelah usianya 5 tahun kami dedahkan Adelea lebih kepada pendidikan. Kami juga tak akan memaksa anak-anak untuk bergelar usahawan suatu hari nanti. Terserah kepada minat mereka. Namun, saya dan suami sentiasa memberi bimbingan agar mereka menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaSaya mengambil inspirasi bagaimana cara ibu saya dan ibu mertua mendidik anak. Keluarga saya sendiri lebih menitikberatkan soal agama. Latar belakang agama sangat kuat kerana ibu saya seorang Ustazah. Maka dalam mendidik ibu menitikberatkan soal agama,” jelas ibu 2 anak ini.

Ads

BISNES
Tengku Hanim atau nama sebenarnya, Tengku Norhanim Tengku Othman cukup bertuah kerana dalam usia muda sudah pun memiliki sebuah keluarga yang bahagia di samping bisnes sendiri iaitu NIMS Crispy Choco Tub yang kian mendapat sambutan hangat di pasaran.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan Berjaya“Bisnes ini nadi kepada kesungguhan saya dan suami sejak beberapa tahun lalu. Secara tak langsung, masa bersama anak-anak pun dapat dirancang dengan baik. Kami kejar betul-betul peluang yang ada di depan mata selain bekerja keras agar dapat berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan. Contohnya, memberi peluang menjana pendapatan dengan menjadi agen dan stokis.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaKahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaAlhamdulillah produk kami menjadi sumber rezeki buat mereka yang mahu mengubah nasib diri dan keluarga kepada lebih baik,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Timur, Universiti Malaya. Tengku Hanim dan suami menjadikan ibu bapa mereka sebagai sumber inspirasi serta idola sebenar untuk sukses dalam perniagaan. Bagi Tengku Hanim tanpa keluarga pasti mereka tidak akan ke mana.

Kahwin & Mula Berniaga Di Usia Muda, YM TENGKU NORHANIM Kini Usahawan BerjayaKredit: Instagram Tengku Norhanim Tengku Othman

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI