Kisah percintaan penyanyi dangdut Cita Citata dengan cucu bekas Presiden Indonesia, Didi Mahardhika pernah tular di media sosial sedikit waktu dahulu apabila pasangan ini dikatakan membatalkan pernikahan mereka pada saat-saat akhir.
Namun akhirnya, Cita Citata mendedahkan dirinya sudah setahun bergelar isteri kepada Didi Mahardhika melalui laman Instagramnya semalam. Dalam posting tersebut, pasangan berkenaan meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 9 Julai.
Dalam hantaran tersebut, Cita melahirkan rasa syukur sudah setahun bergelar isteri kepada cucu bekas presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno.
Selamat hari pernikahan sayang… selalu bahagia , selalu saling sabar dan Semoga Cinta kita selalu dalam lindungan sang maha segalanya..
Muat naik di laman Instagram turut memperlihatkan Cita menitipkan doa dan nasihat buat rakan-rakan supaya tidak pernah berhenti berharap mencari pasangan hidup.
“Buat rakan-rakan yang belum bertemu jodoh sesuai mengikut kemahuan sendiri, sebaiknya perbaiki diri kita dahulu dan berdamai dengan diri sendiri,” ujarnya.
Sekitar September tahun lalu, pasangan ini bertindak membatalkan perkahwinan mereka kerana gagal hadir ke pejabat agama bagi urusan pendaftaran. Walaubagaimanapun, ternyata pasangan ini sebenarnya sudah bernikah lebih awal tetapi bertindak untuk tidak menghebohkan perkahwinan tersebut kepada khalayak umum.
Didi Maharadhika merupakan anak lelaki Rachmawati Soekarnoputri yang merupakan anak ketiga Presiden Soekarno dan Fatmawati. Merupakan seorang ahli politik, jejaka berusia 42 tahun ini dikatakan telah beberapa kali berkahwin dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Garnetta Haruni. Pasangan ini berceraipada tahun 2013.
This website uses cookies.