Kalau Dah Rezeki, Nourul Diuji Sel Abnormal Servik & 2 Kali Jatuh Ketika Mengandung

Benar kata orang rezeki tak pernah salah alamat. Ada orang murah rezeki dikurniakan anak yang ramai. Ada orang pula yang puas mencuba tetapi rezeki yang diharapkan belum kunjung tiba.

Sebenarnya Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancang. Dia Maha Tahu apa yang diperlukan oleh umatnya dan kemampuan kita sebagai manusia yang tidak sempurna.

Soal mendapatkan anak ini adalah subjek yang sangat sensitif. Kerana kita tidak boleh pertik jari sahaja dan tiba-tiba mengandung. Namun, kita tidak boleh putus asa untuk mencuba di samping berdoa dan berikhtiar.

Nourul Deep yang baharu sahaja melahirkan anak keempatnya turut diuji sepanjang 9 bulan proses mengandungnya. Walaupun perasaannya ketika itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, tetapi jika sudah rezeki pasti tidak akan ke mana.

Kongsi Nourul di media sosialnya, “Ceritanya tentang kejadian Isabella Depp. Maha Suci Tuhan yang Pemurah. Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni Isabella Depp dah dilahirkan dengan selamatnya.

Kami plan tahun lepas selepas suami pujuk bukan main bulan Mei 2018 di Singapura sewaktu kami hadiri Extravaganza 2018 yang dianjurkan Herbalife Nutrition.

Plan awal-awal sebab nak girl. Ramai yang kata guna kaedah kalender cina. Study lah kami pun.

Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu saya ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada. Kena pulak result tu keluar masa saya dah 5 minggu pregnant!

Sebenarnya dengan tidak sengaja. Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi. Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan kancer ya.

Selalunya doktor kata tak ada sebab hanya kurang bernasib baik. Saya pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh-tumbuh dan kancer ni. So sentap sekejap dan terduduk sat. Takutlah jugak kan.

Kami terpaksa buat biopsy untuk ambik sel tu. Punyalah takut tergugur.

Gynae yang sangat hebat Datuk Dr Aziz Yahaya, dan dengan izin Allah SWT, selepas biopsy, kami rehat sungguh-sungguh. Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku. Syukur sangat-sangat. Kami dok buat busy saja dan fokus pada kerja.

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat Isabella Depp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT.

Nampak saya happy dan ceria, sepanjang pregnant tapi sebenarnya takut sangat. Lepas tu 2 kali jatuh pulak tu!

Sekali masa perut 5 bulan di France dan sekali di rumah masa 35 minggu. Sekali lagi satu trauma pada saya.

Sekali lagi Allah SWT bantu. Kalau itu yang dimahukan Allah SWT, tiada yang dapat menghalang. Hanya Dia yang Besar dan Berkuasa. Inilah cerita di sebalik Isabella Depp,” kongsi Nourul.

Kredit foto: Instagram @nouruldeep

Share
Published by
Hamizatul Maizan