“Kalau Ikut Rancangan, Sekarang Kami Sepatutnya Di Mekah” Mona Din Termenung Rindu Baitullah!

Angkara COVID-19, Arab Saudi mengumumkan arahan penangguhan umrah sepenuhnya bagi membendung penularan wabak di kalangan jemaah. Walaupun majoriti umat Islam berdukacita dengan penggantungan visa umrah tersebut, namun akurlah bahawasanya pandemik global ini belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Paling terkesan, tentu sekali 20,000 jemaah Malaysia yang terjejas kerana waktu ini adalah musim puncak bagi ibadat umrah. Tatkala membaca perkongsian Puan Mona Din, salah seorang jemaah umrah yang sepatutnya bertolak ke sana semalam, terasa betapa sayunya hati…

14 Mac 2018 | Kaabah, Masjidil Haram Menjadi amalan kami membuka pagi dan hari yang indah. Bersama menatap Kaabah yang mulia, duduk di kerusi sebelah-menyebelah, menikmati ajaibnya rumah Allah, menunggu dhuha kala sang suria mula menampakkan muka, adalah saat-saat paling bermakna dalam hidup kami berdua.

Pagi Jumaat.
Jumaat terakhir sebelum Ramadan tiba.

Sedihnya.
Kalau ikut perancangan, hari ini, Jumaat pagi ini, saya dan suami sepatutnya berada di Tanah Suci Allah.

Alangkah indahnya jika waktu ini,
seperti selalu masa di Mekah,
selepas Subuh,
kami akan berjanji temu di dataran Kaabah,
duduk berdua menatap rumah Allah Baitullah,
sambil membaca Quran, kadang bersulam tawaf sunat,

menunggu Subuh berlalu pergi,
menanti masuknya Dhuha.

Kenangan setiap kali di Tanah Suci,
detik berada di depan Kaabah setiap kali seusai Subuh,
adalah momen-momen paling indah,
paling menakjubkan,
paling tenang,
paling membahagiakan,
momen yang paling saya suka.

14 Mac 2018 | Kaabah, Masjidil Haram Setiap kali datang Tanah Suci, momen-momen indah ini kami sering abadikan di lensa camera, buat tatapan masa di tanah air, kala rindukan Kaabah menggamit dada.

Menghantar malam yang pergi disambut siang,
Mengintai mentari yang muncul di balik clock tower,
Mensyukuri segala nikmat yang tak terkira banyaknya,
Memang tidak akan kering air mata…

Dan pagi ni,
menatap matahari pagi yang mula muncul di Laman Seri,
merasai sedihnya tiada rezeki tahun ini mahu ber-Ramadan di Tanah Suci Baitulmuqaddis seperti yang dirancang,


merasai betapa azabnya dugaan Allah pabila dunia ditimpa bala Corona,
tetap air mata mngalir jua,
walau di suasana dan gaya yang berbeza.

===========================

Teringat kata-kata Puan Mona Din semalam,

“Banyak hikmah jika kita mahu mengambil pelajaran. Sedih sepanjang hayat kita hidup, ni kali pertama dunia porak-peranda. Hinggakan Baitullah pun terkesan. Semoga things get better than before bila COVID-19 berakhir.. Aamiin Ya Rabbal Alamin”

Share
Published by
Norzalina