Siapa yang tak mengenali personaliti, hos dan pelakon Yaya Zahir yang sering kali kelihatan di majlis dan acara fesyen di ibu kota. Berpeluang bertemu Yaya Zahir ketika majlis pembukaan semula butik flagship Ms Read di Pavilion baru-baru ini, mata tertumpu pada Yaya Zahir yang kelihatan cukup anggun sekali.
Sekiranya sebelum ini dirinya hadir berseorang mahupun ditemani pengurus atau suami, kali ini Yaya hadir bersama ibu dan anak sulungnya, Atheer yang sudah memasuki usia 3 bulan. Pertama kali bertentang mata melihat kecomelan Atheer, nyata Yaya sudah mula membiasakan diri menjadi seorang ibu buat pertama kali.
Pertama kali menjadi ibu, perasaan Yaya bagaimana. “Its interesting sangat jadi seorang ibu, banyak perasaan bercampur baur, and its overwhelming but in a good one. Im so happy!”
Bagaimana pula dengan keadaan Atheer sekarang? “Alhamdulillah so far ok, tipulah kalau tidak mencabar tapi syukur dengan sokongan suami, ibu semuanya berjalan lancar. Dia akan meragam bila nak susu, pampers dah penuh atau mengantuk sangat.
Plus dia suka sangat berjalan, mungkin sebab Yaya pregnant Yaya selalu travel, so kalau jalan-jalan dia okay,” jelas Yaya lagi.
Yaya Zahir selamat diijab kabul dengan juruterbang, Arriz Azim, 30, pada 9 Ogos lalu. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan di Petaling Jaya sekali gus menjadi saksi termeterainya satu ikatan suci antara dua jiwa.
This website uses cookies.