Kalau kebiasaannya air barli suam diamalkan untuk menyejukkan badan, mungkin ramai yang kurang tahu bahawa bijirin itu juga baik untuk menguatkan imunisasi kita.
Tergolong sebagai superfood, barli kaya dengan serat antioksidan seperti tokotrienol dan beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol.
Jika diamalkan selalu, bijirin ini mampu membantu untuk:
Mengukuhkan sistem imun badan
Membantu dalam pengurusan berat badan
Melancarkan sistem penghadaman
Membantu kesihatan usus
Merendahkan kolesterol
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Melindungi daripada penyakit diabetes
Ads
BARLI DALAM ROTI
Roti yang diperbuat daripada barli mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, di mana ia dianggap sebagai makanan ruji.
Pada masa ini, pengambilan roti juga semakin meningkat sejak PKP bermula. Banyak menu sihat yang boleh diolah daripada roti bagi mengekalkan kesihatan kita.
Ads
Pemilihan roti barli antara idea diet yang hebat untuk wanita bijak. Nona tertarik dengan roti multigrain artisan pertama Massimo yang lembut dan padat dengan bijirin rangup yang enak.
Ads
Roti sandwic ini dihasilkan oleh The Italian Baker Sdn Bhd dengan menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiatnya yang terkenal.
Jadi untuk mak ayah yang ketandusan idea menyediakan makanan sihat untuk keluarga yang ‘membesar’ di rumah tu, cubalah bagi roti sandwic ni. Dapat juga memupuk tabiat pemakanan sihat dan menepati cita rasa mereka.
Selamat menjamu selera!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selangor dan segala kehidupan yang bernafas di dalamnya. Bagi mereka yang tinggal di Selangor, bumi bertuah ini bukan saja menjadi tempat bermastautin, tapi rumah keluarga membesar dan lubuk rezeki yang melimpah-ruah.
Disebabkan faktor migrasi dan kemasukan pekerja asing yang telah berpindah mencari peluang pekerjaan, negeri Selangor berkembang dengan kepelbagaian budaya dan makanannya.
Bagi penduduk negeri lain, inilah lima makanan tradisional Negeri Selangor yang menyelerakan. Selain berkhasiat dan lazat, ia juga mudah dibuat sebagai variasi santapan keluarga anda nanti. Cubalah!
(1) Pecal
Foto: Maggi
Pecal sayur yang sangat lazat ini juga dikenali sebagai Salad Jawa. Ia dihidangkan dengan sos kacang dan aneka sayur-sayuran segar. Persediaan untuk membuat pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba di rumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun.
(2) Nasi Ambeng
Foto: Nona Manis Kitchen
Sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mi goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang!
(3) Sambal Taun
Foto: Salamisimon
Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula.
(4) Wadai Kipeng
Foto: Friedchillies
Dalam perkataan Banjar, ‘Wadai’ bermaksud ‘Kuih’, sementara ‘Kipeng’ pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan Wadai Kipeng semasa majlis kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ia adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!
(5) Bahulu Kemboja
Foto: Manis2012
Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Walaupun kuih ini sering dijual di pasaran tetapi untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Untuk mengekalkan keenakan dan keunikannya, bahan terpenting yang diperlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa!
Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!
Sumber: Tourism Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan, isu kekurangan bekalan roti masih hangat diperkatakan. Malah ada yang sanggup mengejar lori roti atau menunggu ketibaan lori roti di hadapan kedai bagi memastikan dapat membeli roti untuk keluarga.
Kalau tidak dapat membeli roti, apa kata buat sendiri roti di rumah. Resipi roti yang dikongsikan oleh Zeti Khalid @zetihotoven ini sememangnya amat mudah untuk disediakan. Lebih penting, ia tidak menggunakan telur sebagai salah satu bahan dalam pembikinan roti. Jadi bagi anda yang mengamalkan pemakanan secara vegetarian bolehlah mencuba sendiri membuat roti yang gebu ini. Jimat dan confirm sedap!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN 1:
240gm susu (dipanaskan)
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil yis segara
BAHAN 2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil tepung susu
20gm mentega
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan susu bersama gula dan yis segera ke dalam mangkuk adunan.Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit sehingga ia kembang.
2.Untuk langkah 2, masukkan tepung gandum bersama garam dan susu tepung. Apabila adunan yis sudah kembang, masukkan ke dalam adunan tepung.Gaul rata.
3.Masukkan mentega dan gaul sehingga adunan menjadi rata.
4.Uli dalam mixer selama 10 minit. Adunan roti ini adalah jenis sticky atau pastikan ia tidak melekat di dalam mangkuk adunan.
5.Letakkan adunan di dalam mangkuk dan renjiskan sedikit air agar adunan tidak menjadi kering dan balutkan dengan cling wrap atau kain.
6.Selepas doh direhatkan selama 45 minit atau 1 jam, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan kaut semua dari dalam mangkuk adunan.
7.Bulat-bulatkan adunan menjadi bentuk bebola sebanyak 16 biji
8.Griskan tin pembakar dengan baking spray.Rehatkan doh selama 45 minit atau 1 jam untuk memberikan ruang doh naik sekali ganda lagi.
9.sapukan susu uht di atas doh danbakar selama 15 minit pada suhu 200C. Apabila siap, sapukan mentega di atas roti sebelum dinikmati.
.Terima Kasih: Zeti Khalid dari @zetihotoven
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam dah start orang buat open house. Tengok juadah yang terhidang semuanya menyelerakan. Semua nak cuba makan kan sebab ada di antara juadah tersebut yang boleh jumpa hanya setahun sekali. Menjadi kebiasaan masyarakat kita beraya selama sebulan dan ini bermakna selama sebulan kita menjamah makanan yang menjadi hidangan tradisi hari raya.
Sambutan di bulan Syawal bukan bermakna boleh makan apa sahaja. Bagi mengawal pengambilan pemakanan dalam bulan Syawal cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dan elak pengambilan makanan yang manis dan berlemak. Selain itu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan banyak minum air kosong berbanding air manis.
Pilih makanan yang rendah kandungan kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...