Kuasa antioksidan yang terdapat dalam vitamin C boleh membantu mencerahkan kulit, memberi kesan awet muda dan melicinkan kedutan. Tidak salah jika dikatakan vitamin C adalah bahan wajib yang diperlukan setiap wanita.
Vitamin C juga boleh melindungi kulit daripada kesan negatif sinaran ultraviolet. Memakai krim tabir suria dengan SPF (perlindungan UVB) dan PA++ (perlindungan UVA) sekadar memberi memberikan perlindungan luar kulit. Perlindungan akan lebih berkesan jika diimbangi dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi.
Tahukah anda bahawa vitamin C merupakan senjata rahsia untuk awet muda? Vitamin C mengandungi antioksidan yang mampu membantu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Radikal bebas terbentuk daripada pencemaran dan terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C memiliki kemampuan untuk menyembuhkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari serta mencegah kerosakan kulit.
Vitamin C merupakan komponen penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat pada jaringan kulit, otot dan tulang. Peranannya penting kerana berfungsi mengaktifkan enzim yang merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh.
Memang benar vitamin C patut menjadi sahabat baik setiap wanita. Bagi memiliki kulit yang sihat dan cantik perlu mengambil vitamin C setiap hari. Kadar vitamin C yang perlu diambil oleh setiap wanita dewasa adalah 75 gram.
Vitamin C boleh didapati melalui buah-buahan seperti lemon, oren, jambu, kiwi, betik, strawberi dan nanas. Sementara bekalan vitamin C dalam bentuk sayur-sayuran boleh diperoleh daripada paprika merah, brokoli, tomato dan cili.
Manfaat Untuk Kecantikan
(a) Rambut sihat
Vitamin C adalah salah satu nutrisi yang dapat membantu pertumbuhan dan menguatkan akar rambut. Mendapat manfaat vitamin C untuk kesuburan rambut boleh dilakukan dengan mengambil vitamin C dan menggunakan masker vitamin C secara semula jadi seperti menggunakan strawberi atau betik.
(b) Lebih bertenaga
Vitamin C berfungsi dalam penyerapan zat besi dalam tubuh. Zat besi sangat penting untuk kecantikan dan kesihatan tubuh. Jika kekurangan zat besi tubuh akan merasa lesu, lemah dan mengantuk.
(c) Awet muda
Dalam American Journal of Clinical Nutrition ada menyatakan wanita pertengahan usia yang mengambil vitamin C mencukupi tidak mempunyai kedut dan hidrasi kulit. Vitamin C dapat mencegah radikal bebas dan menghalang proses penuaan.
(d) Kesihatan kuku
Vitamin C membantu menjaga kesihatan kuku serta menguatkan ketahanan kulit, jaringan kulit, tulang dan dinding pembuluh darah. Nutisi ini sekali gus dapat mengelakkan kuku cepat rosak dan menguatkan kuku dari dalam.
Produk Pilihan Nona
Wanita urban yang dihambat masa untuk menyiapkan tugasan yang penuh dengan deadline
sering merasakan diri terabai akibat kurang penjagaan kulit. Sel-sel kulit mati yang tidak disingkirkan boleh menjadi punca masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi. AstaVita+ Re-fueling Mist Serum menjadi solusi dalam melengkapkan penjagaan kulit wanita.Diformulasi khas dengan kombinasi elemen semula jadi yang kaya dengan kandungan antioksidan tertinggi bertindak membantu menyelesaikan masalah kulit.
Mengadunkan bahan-bahan terpilih dan berkualiti daripada Astaxanthin, StemCell Epal, StemCell Anggur, Vitamin C, ekstrak Argan dan Pati Bunga Ylang Ylang membuat kulit wajah kekal terpelihara dengan serta-merta di samping memelihara kelembapan kulit. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.