Bagaikan suatu fenomena tercetus apabila konsep Reset Minda menjadi bualan hangat masyarakat suatu ketika dahulu. Dengan nada yang lembut namun sarat dengan bait-bait ayat mengajak pendengarnya berada dalam radar kebaikan.
Terngiang-ngiang ajakannya “Jom Audit Diri Kita” yang menyeru masyarakat meninggalkan perkara negatif seterusnya sentiasa berbuat baik lebih-lebih lagi bersangka baik terhadap Allah SWT. Tidak pernah lelah mendengar Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar belaka.
Pengalaman luas Datuk Prof Dr Muhaya dalam bidang kedoktoran banyak membantu kelancaran bertutur. Mula ditauliahkan sebagai doktor pada 17 Ogos 1985, setelah mendapat Ijazah Doktor Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Setelah memperoleh Sarjana dalam bidang Oftalmologi UKM, Datuk Prof Dr Muhaya menjadi Pensyarah dan Pakar Mata Oftalmologi di UKM. Kemudian memperoleh sarjana Perubatan dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1992 dan memperoleh FRSC (Edinburgh) juga pada tahun 1992.
Beliau seterusnya mendapat Fellowship Uvetis dari Institut Oftalmologi London pada tahun 1998 dan berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang Ocular Immunology daripad University of London.
Ads
“Kini masyarakat kita lebih terbuka dan cuba meninggalkan sedikit demi sedikit pemikiran negatif. Semua orang mahu menjadi positif. Pada saya ia merupakan rahmat Allah SWT, apabila orang itu mempunyai niat untuk berubah,” kata Datuk Prof Dr Muhaya memulakan bicara.
Tambahnya lagi peranan ibu bapa sangat besar dalam menentukan perkembangan hidup individu. “Setiap apa yang kita lakukan baik atau buruk pasti ada balasannya. Setiap ibu bapa perlu sedar apabila anak mereka tidak berjaya dalam hidup pasti ada kesilapan yang telah dilakukan suatu ketika dahulu terutama masa muda.
Benda yang paling bahaya dalam hidup adalah tidak bertaubat di atas dosa yang dilakukan. Dosa yang tidak ditaubatkan akan menarik kejahatan dalam bentuk anak-anak tidak menjadi, tidak mendengar kata dan seterusnya mencipta keturunan tidak elok,” tutur Pakar Mata pertama di Asia Tenggara yang melakukan kaedah LASIK tanpa pisau system (Femtosecond Visumax) ke atas pembedahan mata pesakit ini.
Ads
Leka mendengar Datuk Prof Dr Muhaya melontarkan pandangan sehingga tidak terasa masa berlalu. “Saya nak bagi tip macam mana nak ubah kehidupan dengan membina imej baharu. Kalau sebelum ini imej sejak kecil iaitu umur dalam lingkungan di bawah 7 tahun, ibu sering melemparkan kata-kata negatif seperti kita ini seorang yang lembap.
Kita akan membesar dengan imej sebegitu kerana kata-kata tersebut telah direkodkan di dalam otak dengan imej lembap. Namun kita masih belum terlambat untuk berubah, bagaimana nak berubah? Senang sahaja, kita cipta ‘software’ yang baharu.
Kita tukar skrip kehidupan dengan perkara yang baik-baik dan mempunyai hasrat untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Cuba tutup mata dan bayangkan diri sendiri dengan imej baik yang mahu ditampilkan.
Ads
Ini adalah cara kita bercakap dengan minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini sebenarnya dibentuk sejak kita masih kecil lagi. 95 peratus kehidupan kita disebabkan dan dipengaruhi oleh minda bawah sedar atau internal programming.
Kemudian baca Al-Quran, solat witir, baca ayat 3 qul dan maafkan orang di sekeliling untuk bersihkan jiwa. Bangun esok pagi pasti menjadi orang yang baharu,” bicara wanita yang menghabiskan masanya dengan membaca.
Wanita adalah sebaik-baik perhiasan dan wanita juga insan yang begitu istimewa kerana mempunyai tiket mudah ke syurga. “Kita sebagai wanita memang dijadikan begitu istimewa. Namun, kelemahan wanita adalah mengumpat dan kufur terhadap suami.
Orang setuju atau tidak setuju masalah utama wanita adalah melawan cakap suami, yang kedua sombong atau seteru dengan ibu mentua, yang ketiga garang terhadap anak-anak, keempat sering menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan dan kelima garang dengan pembantu rumah atau staf,” jelas Datuk Prof Dr Muhaya yang mula bergelar ibu ketika usianya 26 tahun, penuh makna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Pemenang Tempat Ketiga, Pencarian Dewi Remaja 1987, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah. Sejak remaja lagi sudah menghiasi dada majalah memperagakan fesyen terkini dan hebat di pentas fesyen dengan gaya yang memukau. Sehingga kini pesona wanita ini masih terserlah dan menarik setiap mata yang memandang.
Che’ Puan Datin Mimi Wahedah telah mengikat ikatan perkahwinan dengan YM Tunku Dato’ Adj. Prof Sr Dr Fauzi Tunku Dato’ Abdul Malek Al Haj, kerabat diraja Kedah. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak gadis, Tunku Affie Rania Tunku Fauzi yang turut bertanding di Pertandingan akhir Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
Menurut Che’ Puan Datin Mimi Wahedah, beliau tidak merancang untuk memiliki seorang anak sahaja tetapi telah diduga dengan fibroid. Berkongsi tentang perkembangan kesihatannya, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah baharu sahaja menjalani pembedahan membuang uterus dan ovarinya akibat fibroid.
“Setelah melalui beberapa kali rawatan membuang fibroid, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuang uterus dan ovari ini. Ramai juga wanita yang berubah selepas membuang organ wanita mereka.
Namun bagi saya itu semua adalah mind set masing-masing. Apa yang saya lakukan adalah menjadi positif dan gembira selalu. Selepas pembedahan saya banyak mengamalkan makanan yang sihat dan bersenam dengan berjalan di dalam kolam renang.
Berjalan di dalam kolam renang ini membantu melancarkan peredaran darah. Saya tidak boleh melakukan senaman yang berat-berat lantaran pembedahan tersebut, jadi saya memilih cara untuk mengaktifkan diri,” tutur wanita yang berusia 50 tahun ini.
Tambah Naib Presiden II PENIAGAWATI ini, “Selain sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu, saya telah melancarkan Ready-to-Wear Turban. Perjalanan perniagaan ini banyak melibatkan bekas pesakit kanser. Bagi saya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepuasan diri sendiri,” bicara Che’ Puan Datin Mimi Wahedah.
Ketika diajukan tentang pengalamannya menyertai Pertandingan Dewi Remaja dahulu, jawabnya, “Menyertai pertandingan ini boleh membantu mendisiplinkan diri dan menempuh pelbagai cabaran yang berbeza. Sewaktu saya menyertai pertandingan Dewi Remaja dahulu, corak pemarkahannya bukan seperti sekarang.
Bagi saya pertandingan Dewi Remaja kini lebih mencabar apatah lagi bersiaran di televisyen sejak pencarian awal lagi. Namun, apabila anak saya, Rania sudah berada di peringkat akhir, saya sudah cukup berbangga dengan pencapaiannya.
Apa yang boleh saya katakan kepada Rania adalah setiap pertandingan ada kalah dan menang. Apa yang penting jangan memaksa diri and just be yourself,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik tanggapan segelintir pihak Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini pamer watak berbeza dengan kembali mengharumkan nama negara di persada dunia!
3 Oktober lalu pastinya menjadi momen terindah buat atlet kelahiran Sarawak ini apabila dia berjaya menambah koleksi pingat acara individu sekaligus menghadiahkan dua pingat gangsa dalam Sukan Asia ke-19 yang berlangsung di Huangzhou, China.
Salah satu kejayaan dan pencapaian termanis buat Dato’ Pandelela apabila dia akhirnya merangkul kembali pingat acara individu setelah 13 tahun ‘dahagakan’ koleksi itu. Hasil
ketenangan dan komitmen yang ditonjolkan, atlet berusia 30 tahun ini meraih pingat gangsa pada final 10 meter platform wanita.
Pada saingan final itu, dia yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.
Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).
Pencapaian itu menyaksikan beliau mengulangi kejayaan merangkul gangsa dalam acara sama pada penampilan pertamanya di Guangzhou, China pada 2010.
Pada usia 30 tahun, ramai beranggapan Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun. Namun bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia dari Sarawak itu, bagaimanapun berjaya mengubah persepsi itu.
Dato’ Pandelela tidak beraksi di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang akibat kecederaan, pun begitu dia kembali bersemangat tahun ini dan berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara final 10 meter platform seirama wanita bersama pasangannya, Nur Dhabitah Sabri.
Pelakon Hritrik Roshan adalah antara superstar di arena perfilemen Bollywood. Pasti ramai di kalangan pembaca NONA membesar dengan filem-filem lakonannya seperti Kaho Naa Pyar Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Krrish, Koi Mil Gaya dan lain-lain.
Dan baru-baru ini dunia hiburan Bollywood digemparkan apabila Hritrik dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Saba Azad tidak lama lagi. Menurut laporan Geo.TV, hubungan pasangan ini dihidu sejak beberapa bulan lalu dan sumber mendedahkan mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga.
Memandangkan Hritrik adalah nama besar dalam dunia Bollywood, pastinya ramai menjangkakan dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan wanita yang setaraf dan lebih menawan dari bekas isterinya, Suzanne Khan. Namun, ramai mengecam perhubungan Hritrik dengan kekasih barunya, Saba Azad memandangkan perbezaan umur yang jauh diantara mereka berdua, sehingga mereka berdua tampak seperti bapa dan anak.
Namun, Saba Azad bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun namanya tidak segah bintang Bollywood yang lain, rupa-rupanya Saba Azad ini boleh dikatakan seorang wanita yang classy, anggun di kelasnya sendiri. NONA senaraikan antara beberapa fakta menarik tentang Saba Azad yang perlu anda tahu.
Nama sebenar Azad ialah Saba Singh Grewal.
2. Saba Azad merupakan anak saudara kepada artis teater terkenal India dan penulis drama komunis Safdar Hashmi.
3. Saba Azad memulakan kerjaya lakonannya bersama kumpulan teater arwah bapa saudaranya, Jana Natya Manch di Delhi, di mana dia bekerja dengan orang kuat industri seperti Habib Tanvir dan MK Raina.
4. Azad berpindah ke Mumbai dari Delhi dan mula membintangi drama arahan Makarand Deshpande yang dipentaskan di Teater Prithvi.
5. Filem pertamanya ialah dalam filem pendek Guroor yang diterajui oleh pengarah Ishaan Nair.
6. Dia membuat debut Bollywoodnya pada tahun 2008 menerusi filem Dil Kabaddi Anil Senior, yang turut dibintangi oleh Irrfan, Rahul Bose dan Soha Ali Khan.
7. Azad ialah seorang pemuzik dan penyanyi popular dalam industri persada muzik indie India dan merupakan ahli umpulan elektronik popular Madboy/Mink.
8. Azad membuka syarikat teaternya sendiri The Skins pada 2010 dan mengarahkan drama pertamanya Lovepuke yang ditayangkan di teater eksperimen NCPA pada September 2010. Baru-baru ini Saba Azad membintangi siri web Rocket Boys.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.