Sekarang ini jarang kita lihat mana-mana artis mahupun selebriti popular yang tidak membawa jurufoto profesional mahupun jurufoto peribadi khususnya ketika bercuti ke luar negara.

Namun berlainan pula dengan artis terkenal tanahair, Ika Nabella yang popular dengan drama bersiri Bahagia Bukan Bidaan. Ika Nabella juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6.

Ads

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

TAK BAWA JURUFOTO PERIBADI

Menjadikan percutian sebahagian daripada hobinya bersama suami, Ika Nabella berkongsi setiap travelog percutiannya ke dalam Instagram peribadi dengan meletakkan #IkaOnVacay agar dapat memberikan inspirasi buat para pengikutnya.

Apa yang menariknya lagi, setiap koleksi gambar yang dikongsi di Instagram adalah hasil bidikan serta editing yang dilakukan sendiri oleh Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Dato’ Aznam. Hasilnya memang sangat mengagumkan setaraf jurufoto profesional!

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

“Setiap kali pergi bercuti kami tak pernah bawa jurufoto profesional. Selalunya kami akan bawa sekali tripod dan rajin menukar lens demi mendapatkan gambar yang cantik. Sebelum ambil gambar saya akan tentukan dulu sudut mana yang sesuai dan kemudian saya serahkan kepada suami untuk mengambil gambar secantik mungkin.

Walaupun hasilnya taklah sehebat jurufoto profesional tapi kami tetap berpuas hati. Apa yang penting saya dan suami dapat menikmati setiap momen percutian berdua tanpa sebarang gangguan.

Selalunya sebelum pergi bercuti saya akan selesaikan dulu perancangan percutian dan susun jadual kerja siap-siap. Sebaik tamat saja penggambaran saya akan terus terbang ke destinasi percutian itu. Sekembali ke Malaysia saya akan mula dengan projek baru yang dah disusun sebelumnya. Bagi saya pengurusan masa yang baik sangat penting.”

Ads

Menurut Ika Nabella pertama kali dirinya dibenarkan oleh kedua ibu bapanya untuk pergi bercuti ke luar negara termasuk London secara solo ketika dia berusia 19 tahun. Bermula detik itu minatnya terhadap percutian bertukar menjadi hobi.

KEPUASAN

“Bergantung kepada jenis percutian sama ada mewah atau sebaliknya. Saya lebih gemar ke tempat-tempat yang tak pernah atau jarang orang kunjungi. Tak semua negara kita boleh menikmati percutian mahupun membeli belah dengan cara mewah.

Sebab ada sesetengah tempat kita perlu juga menyediakan lebih masa untuk menikmati keindahan alam. Bagi saya percutian lebih kepada mengajar saya erti kehidupan sebenar Melalui percutian juga saya dapat merasai serta melihat budaya, cuaca, makanan, kehidupan dan ragam masyarakat di negara-negara lain di samping mencari kenalan baru.

Ads

Melihat kebesaran Allah SWT menjadikan saya lebih muhasabah diri. Saya bersyukur dan bertuah kerana bergelar rakyat Malaysia! Itulah makna kepuasan sebenar buat saya setiap kali pergi bercuti.”

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

MOMEN TERINDAH

Salah satu detik percutian terindah ialah detik bulan madu kami di Maldives walaupun ia dirancang saat akhir. Mulanya kami mahu ke Eropah tetapi diubah ke Maldives kerana kami merasakan ia lebih menarik dan romantik.” Ika Nabella juga khabarnya bakal mengambil lesen menyelam tak lama lagi. Semoga dipermudahkan segalanya.

“Kalau Pergi Bercuti, Kami Tak Pernah Bawa Jurufoto Peribadi Sebab Mahukan Percutian Yang Privasi” IKA NABELLA

Selain aktif berlakon, Ika juga aktif mengusahakan bisnes online serta event based di samping memiliki produknya sendiri iaitu koleksi pakaian Cract.KL, Hijab By IkaNabella dan SambalBiniBowie.

Kredit Foto: Instagram Ika Nabella

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI