Menjelang Syawal, selain aneka juadah berat yang menyelerakan, biskut raya juga satu kemestian tatkala berkunjung ke rumah saudara mara. Tidak kira pilihan biskut moden mahupun tradisional, ia menjadi antara menu pilihan untuk dinikmati. Adunan aneka tepung dengan gabungan coklat dan bijirin menjadikan hidangan biskut begitu istimewa dan menyelerakan. Resipi disediakan oleh Chef Adam Haji Mohd Noor dari Hilton Kuala Lumpur.
BISKUT KOKO BERSYILING
BAHAN-BAHAN:
400gm mentega
150gm gula ising
1 biji telur
600gm tepung kek
100gm Nutella
300gm susu coklat
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan-bahan seperti mentega, gula ising, telur dan tepung kek ke dalam mesin pengadun. Adun sehingga adunan menjadi sebati dan canai sehingga ia membentuk doh. Ambil dulang pembakar dan canai adunan seperti duit syilling. Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C. Selepas biskut menjadi sejuk, lapiskan dengan Nutella dan lapiskan kepingan. Setelah itu, celupkan dengan coklat dan dihiasi dengan coklat putih
This website uses cookies.