Pinggang kecil ramping adalah dambaan ramai wanita. Mungkin pemilihan korset adalah pakaian dalam yang terbaik untuk memperoleh bentuk badan yang cantik seperti Barbie.

Ads

Korset sangat penting untuk menyokong tulang belakang, mengangkat payudara dan membentuk pinggang wanita. Selain menjaga bentuk yang sempurna, ia juga mampu menyembunyikan lemak di badan.

Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan kurang menarik… voluptuous chubby, chubby, plump dan yang seangkatan dengannya, atau pun bentuk badan lurus tanpa siluet, penggunaan korset ialah jalan terbaik selain berdiet dan bersenam. Aktiviti diet dan bersenam selalunya adalah untuk pembakaran lemak yang berlebihan.

Ingin tampil cantik dan seksi dalam kebaya atau gaun tetapi mahu menyorokkan perut yang membonjol? Penggunaan korset mungkin salah satu penyelesaian segera asalkan anda tahu cara memilih yang tepat.

“Tak ada yang lebih merosakkan penampilan selain perut yang boroi.” Itu kata Sharon Stone yang cukup popular menerusi filem Basic Instinct. Bintang ternama ini menggelar perut yang boroi sebagai pot belly.

Ads

Melangkah usia 30 tahun ke atas, tubuh manusia mengalami pelbagai perubahan fisiologi seiring pertambahan usia. Mulai daripada sistem metabolisme, fungsi organ-organ hingga keseimbangan hormon. Perubahan itu bukan hanya mulai mengganggu stamina tubuh dan kesihatan tetapi juga penampilan fizikal.

Perut ialah salah satu bahagian tubuh yang sering ‘diserang’ oleh lemak. Individu yang gemuk atau kurus turut mengalami masalah perut boroi walaupun bahagian badan lain kelihatan langsing. Sungguh mengganggu bukan?

Ads

Amalan diet dan bersenam dengan disiplin tertentu perlu dilakukan demi memiliki tubuh menawan. Namun ia memerlukan tempoh lama untuk menampakkan hasil seperti yang diingini. Tapi dengan menggunakan korset, boleh menjadi penyelesaian segera untuk mengatasi perut buncit. Andai salah pilih atau keliru cara memakainya, pasti bentuk tubuh anda tidak kelihatan menawan.

Perkara Perlu Tahu Tentang Korset

  1. Jangan memaksa membeli korset satu ke dua nombor lebih kecil daripada ukuran tubuh anda sebenar. Ia akan membuat anda berasa sesak nafas dan setiap pergerakan terasa melemaskan. Disebabkan tekanan di bahagian yang salah, kemungkinan lemak di bahagian perut ‘berpindah’ ke bahagian lain misalnya tersembul di bahagian ketiak.
  2. Pilih korset dari fabrik mudah lentur (elastik), pengaliran udara yang baik dan menyerap peluh. Dengan begitu pori-pori kulit masih mampu bernafas dan otot perut dapat melentur mengikut gerakan tubuh.
  3. Setiap orang mempunyai bentuk tubuh yang berbeza. Ada yang langsing tapi berpayudara besar, ada pula yang gemuk tapi payudaranya kecil. Kerana itu, usah terpedaya dengan rekaan korset yang cantik namun tidak berfungsi dengan baik. Pilih pola (cutting) yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.
  4. Lakukan perawatan yang betul. Mencuci dengan mesin basuh boleh menyebabkan korset meregang dan kehilangan pola dasarnya. Cukup sekadar dicuci dengan tangan menggunakan sabun cecair (seeloknya menggunakan sabun khusus untuk delicate fabrics) tanpa menggunakan fabrik pelembut. Elakkan memerah dan cukup sekadar digantung untuk dianginkan. Hindari daripada dijemur secara langsung di bawah sinaran terik matahari.
  5. Anda harus tahu cara pemakaian korset yang betul. Sebagai contoh, sebelum korset ditarik ke bahagian perut, perut harus ‘diangkat’ sebelum korset disarung sepenuhnya.
  6. Elakkan memakai korset ketika anda tidur agar tidak mengganggu metabolisme tubuh dan tidur akan nyenyak tanpa gangguan. Namun di pasaran sekarang sudah dijual korset yang sudah teruji secara klinikal yang selesa untuk dipakai dan mempercepatkan pembentukan tubuh seperti yang diingini. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI