Pinggang kecil ramping adalah dambaan ramai wanita. Mungkin pemilihan korset adalah pakaian dalam yang terbaik untuk memperoleh bentuk badan yang cantik seperti Barbie.
Korset sangat penting untuk menyokong tulang belakang, mengangkat payudara dan membentuk pinggang wanita. Selain menjaga bentuk yang sempurna, ia juga mampu menyembunyikan lemak di badan.
Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan kurang menarik… voluptuous chubby, chubby, plump dan yang seangkatan dengannya, atau pun bentuk badan lurus tanpa siluet, penggunaan korset ialah jalan terbaik selain berdiet dan bersenam. Aktiviti diet dan bersenam selalunya adalah untuk pembakaran lemak yang berlebihan.
Ingin tampil cantik dan seksi dalam kebaya atau gaun tetapi mahu menyorokkan perut yang membonjol? Penggunaan korset mungkin salah satu penyelesaian segera asalkan anda tahu cara memilih yang tepat.
“Tak ada yang lebih merosakkan penampilan selain perut yang boroi.” Itu kata Sharon Stone yang cukup popular menerusi filem Basic Instinct. Bintang ternama ini menggelar perut yang boroi sebagai pot belly.
Melangkah usia 30 tahun ke atas, tubuh manusia mengalami pelbagai perubahan fisiologi seiring pertambahan usia. Mulai daripada sistem metabolisme, fungsi organ-organ hingga keseimbangan hormon. Perubahan itu bukan hanya mulai mengganggu stamina tubuh dan kesihatan tetapi juga penampilan fizikal.
Perut ialah salah satu bahagian tubuh yang sering ‘diserang’ oleh lemak. Individu yang gemuk atau kurus turut mengalami masalah perut boroi walaupun bahagian badan lain kelihatan langsing. Sungguh mengganggu bukan?
Amalan diet dan bersenam dengan disiplin tertentu perlu dilakukan demi memiliki tubuh menawan. Namun ia memerlukan tempoh lama untuk menampakkan hasil seperti yang diingini. Tapi dengan menggunakan korset, boleh menjadi penyelesaian segera untuk mengatasi perut buncit. Andai salah pilih atau keliru cara memakainya, pasti bentuk tubuh anda tidak kelihatan menawan.
Perkara Perlu Tahu Tentang Korset
This website uses cookies.