Memasuki minggu kedua sambutan Aidilfitri, sudah ramai warga kota sudah pulang ke ibu negara dan menyambung sambutan Aidilftiri di ibu negara. Sekaligus, majlis jamuan hari raya juga sudah mula bersusun dalam jadual terutamanya menjelang hujung minggu.
Selebriti media sosial, Cik Epal juga tidak terkecuali merencanakan majlis rumah terbuka baru-baru ini di mana dia turut meraikan majlis sambutan hari jadi kedua-dua cahaya matanya.
Menurut perkongsian Cik Epal di laman Instagram miliknya, ini merupakan kali pertama dia dan suaminya, @jofliam menganjurkan majlis rumah terbuka di kediaman mereka. Jadi, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian khusus untuk memastikan perjalanan majlis rumah terbukanya berjalan lancar.
Penulis tertarik dengan daya kreativiti Cik Epal memberi sentuhan dekorasi terhadap kediamannya untuk majlis rumah terbuka dan sambutan hari jadi kedua-dua anaknya. Mana tidaknya, wanita ini mengetengahkan konsep tropika sebagai tema utama majlis rumah terbukanya itu.
Lebih menarik, piano putih yang diletakkan di tengah kediaman juga turut dijadikan elemen utama hiasan dengan meletakkan jambangan bunga serta buah-buahan tropika sebagai elemen hiasan utama. Malah, buah-buahan tersebut merupakan buah-buahan sebenar yang boleh dinikmati oleh para tetamu.
Ruang di luar kediaman turut diberi sentuhan elegan oleh tuan rumah untuk mengekalkan kesinambungan dekorasi dari ruang dalaman ke halaman rumah yang turut dilengkapi sebuah kolam renang bersaiz sederhana.
Floating flower menjadi elemen hiasan utama diketengahkan pada kolam renang tersebut sekaligus memberi sentuhan yang elegan dengan gaya tersendiri.
Ruangan khas di tepi kolam renang menjadi lokasi kedua-dua anaknya meniup kek sempena ulang tahun kelahiran mereka yang jatuh berselang dua hari antara satu sama lain.
Menyentuh soal menu yang dihidangkan untuk para tetamu pula, sememangnya Cik Epal menjanjikan pengalaman rumah terbuka yang berbeza dari kebiasaannya apabila turut menyediakan booth ais krim dari jenama popular serta trak minuman jenama boba terkemuka di halaman rumahnya!
“Kalau sesiapa yang dah lama follow aku, mungkin tahu yang aku memang gila boba. Haha🤣.
Aku memang suka bagi orang rasa benda yang aku suka🤩.So dah buat open house ni kena ada jugak boba 🧋 untuk serve tetamu😘. Kasi pacak terus satu lori!”- CIK EPAL.
Ternyata dekorasi rumah terbuka berkonsepkan ala tropika dengan gabungan gubahan bunga-bugaan segar yang menghiasi segenap ruang di kediaman Cik Epal dan suaminya memukau mata para tetamu yang diundang meraikan majlis pasangan ini.
Ini baru dikatakan open house next level! Tak perlu adakan majlis di hotel, sekiranya kediaman sudah cukup selesa untuk menjemput tetamu ke rumah terbuka!
This website uses cookies.