Musim haji tiba lagi, menyaksikan ramai selebriti, personaliti termasuk Agong dan Raja Permaisuri yang telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Dan yang terkini, usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Menurut perkongsian yang dikongsikan di laman Instagramnya, Aliff Syukri mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya menjejakkan kaki di tanah suci selepas 15 tahun. Jelasnya, tahun ini baru hatinya terbuka untuk mengerjakan haji tanpa sebarang paksaan.
Malah Aliff Syukri turut berharap urusan hajinya dipermudahkan dan ibadahnya kali ini dapat menjadikannya seorang yang berguna kepada ibu bapa, keluarga serta para kenalan.
Mengerjakan haji bersama dengan anak lelaki sulungnya, Ammar Ahyyan dan ibunya, Rozita Ibrahim turut dikongsikan Aliff beberapa foto dirinya lengkap berpakaian jubah putih sambil sempat bergambar bersama keluarga, serta momen bersalaman dan berpeluikan dengan isteri Datin Shahida sebelum berangkat.
Aliff juga turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada pengikut sekiranya ada ketelanjuran bahasa sepanjang perkenalan dan meminta semua mendoakan dirinya menjadi seorang anak, suami dan ayah yang terbaik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu di Instagram mendoakan agar ibadah Aliff Syukri dan anaknya dipermudah dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.