Selain golongan frontliners di darat, satu lagi kerjaya saf depan dan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 adalah krew udara. Tugas pramugari atau anak kapal yang terdedah dengan beratus-ratus penumpang dalam persekitaran kompak, sebenarnya cukup berisiko tinggi lebih-lebih lagi tanpa pakaian perlindungan yang sesuai.
Pengalaman Puteri Erma Edlinda atau Puteri, isteri kepada bintang Akademi Fantasia 7 Aril Pilus ini jelas menceritakan situasi yang mereka alami. Puteri telah berkhidmat sebagai anak kapal selama 10 tahun dan kini bertugas untuk sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.
Puteri bersama suami, Khairil Azam Pilus (Aril AF)
Menceritakan pengalaman terakhirnya sebelum diarah bercuti, Puteri, 34 tahun, telah berlepas ke Hong Kong dan kembali semula pada 30 Mac lalu. “Memang industri penerbangan banyak berubah. Penerbangan-penerbangan dibatalkan dan yang beroperasi cuma 10% saja. Kebanyakan negara menutup pintu sempadan mereka dan jumlah penumpang pun menurun akibat wabak COVID-19.
Bulan ni sepatutnya saya berlepas ke Dhaka dan Taipei, tapi tak jadi. Sekarang saya dan anak kapal lain cuma on standby menunggu arahan. Kali terakhir di KLIA, suasana sangat lengang dan suram. Semua kedai bebas cukai ditutup dan beratus-ratus kapal tersadai di luar.
Saya ada post di IG Story, rakaman video waktu kami meninggalkan airport Hong Kong. Bayangkan airport yang sangat besar tapi landasan mereka penuh dengan kapal. Bersusun-susun di sepanjang runway, terlalu banyak nak dihitung. Itulah petanda yang sangat merisaukan saya.
Tawakal
Ads
Sebagai anak kapal, sudah tentu saya risau setiap kali keluar bertugas. Dari pintu KL Sentral lagi, saya dah jumpa orang dari pelbagai tempat then di KLIA, jumpa orang dari pelbagai negara sampailah naik kapal dan tiba ke destinasi.
Macam-macam perasaan ada bila nak melangkah keluar. Kadang saya rasa, ‘Ya Tuhan, ini tak selamat untuk aku. Aku ada keluarga, ada suami, ada anak kecil.’ Tapi kerana tugas, saya terpaksa lawan kerisauan tu walaupun suami selalu susah hati bila saya ke luar negara.
Anak-anak kapal ni frontliners juga sebab tugas kami sangat dekat dengan penumpang. Pekerjaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 dan bayangkan kami bekerja tanpa full protection seperti frontliners lain di hospital.
Tanpa sut perlindungan diri, apa yang kami mampu buat hanyalah pakai topeng hidung dan mulut, guna hand sanitizer, sarung tangan dan kerap basuh tangan. Walaupun sebolehnya we try to distant ourselves, tapi dalam kapal yang kecil tu tetap akan dekat juga dengan penumpang.
Ragam Penumpang
Ads
Bagi saya semua orang mencurigakan. Walaupun sesama anak kapal sendiri pun saya kurang percaya. Pernah satu hari, saya dapat panggilan dari ibu pejabat bertanyakan kesihatan saya. Ada batuk atau sesak nafas ke. Saya jawab sihat dan mereka nasihatkan supaya ke hospital kalau ada simptom. Terkejut sangat sebab dalam flight saya tu rupanya ada satu kes penumpang disahkan positif COVID-19.
Sebenarnya kami sendiri pun susah hati. Dari dalam briefing room lagi, kami dah amalkan social distancing, elak bersalaman sesama krew dan duduk berjauhan. Kita tak tahu sesama kami sendiri sudah ke negara mana dan jumpa siapa. Mungkin kita tak ada simptom tapi virus tu ada dalam badan. Semua orang faham keadaan ni dan kami tak ambil hati kalau ada rakan sekerja buat benda yang sama.
Waktu wabak merebak, penumpang pun ada bermacam ragam ketika naik kapal. Ada yang lengkap full equipment, pakai rain coat, face shield, topi full face, mask. Ada juga yang bawa plastik untuk lapik apa yang patut dan risau nak duduk sebelah-menyebelah dengan penumpang lain.
Satu lagi, bukan senang nak kesan penumpang yang sakit. Dalam kapal yang dinaiki beratus-ratus penumpang, susah untuk kesan siapa yang kurang sihat, demam atau batuk. Kadang mereka batuk perlahan-lahan supaya orang tak dengar.
Ads
Sewaktu masih berkhidmat dengan Saudi Arabian Airlines (2015)
Dalam uniform lama
Dalam uniform baru
Sebagai anak kapal, kami mesti buat laporan dan maklumkan pihak airport untuk tindakan kalau ada penumpang yang sakit. Kapal mungkin dikuarantin sementara agar saringan dapat dijalankan. Ini bagi mencegah dan mengawal pandemik agar tidak menular ke destinasi tersebut.
Sewaktu bertugas dalam flight, saya pakai topeng muka dan hidung sepanjang masa, selalu basuh tangan dengan sabun, pakai hand sanitizer, sembur sanitizer spray pada baju, kasut dan beg-beg. Seboleh-bolehnya saya elakkan dari menyentuh apa-apa permukaan dari awal lagi.
Balik dari bertugas, saya dah maklumkan pada keluarga, kita jangan jumpa dulu. Bagi saya jemur beg-beg kerja, handbag dan trolley bag semua di balkoni untuk 8 ke 12 jam. Lepas tu terus masuk bilik air dengan uniform dan segala benda yang dipakai, rendam dalam air panas dan gunakan sabun pembasmi kuman.
Selepas mandi dan bersyampu bersih-bersih, beberapa jam kemudian barulah saya yakin untuk jumpa suami dan anak. Punyalah lama nak dapat peluk dan cium mereka. Tapi demi kesihatan dan keselamatan semua, itulah yang terbaik bagi petugas frontliners macam kami ni.
Sekarang saya cuma duduk di rumah kerana telah diminta untuk bercuti oleh majikan (force leave). Cuti saya banyak belum berguna dan syukurlah, gaji masih berjalan. Inilah waktu terbaik untuk luangkan masa dengan suami dan anak di rumah. Sambil tu saya cuba tambah amalan, solat berjemaah dan mengaji, yang mana sebelum ni mungkin tak sempat dibuat kerana sibuk bekerja.
Tip Puteri
Bila basuh tangan, nyanyi lagu Happy Birthday dua kali.
Sambil nyanyi, saya ikut rules yang sepatutnya, cuci 20 saat dan sental kuku-kuku.
Pakai hand sanitizer dengan kadar 70% alkohol.
Jangan sentuh mata, hidung, mulut atau telinga kerana virus masuk melalui rongga-rongga badan kita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim nama yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran suatu ketika dahulu. Umum mengetahui Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Brunei Darussalam dan dikurniakan seorang puteri dan seorang putera. Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Dan baru-baru ini, meninjau laman Instagram Azrinaz beliau telah berkongsikan sekeping gambar terbaru puteranya Pengiran Muda Abdul Wakeel atau dipanggil Putera Wakeel yang dilihat semakin meningkat remaja malah terserlah ketampanan wajah anak teruna Azrinaz ini.
Azrinaz juga turut menulis kepsyen ‘Son Of My Life’ menandakan betapa bersyukurnya dia dikurniakan anak lelaki yang disayangi ramai yang cukup menyejukkan mata. Warga maya juga teruja melihat Putera Wakeel ini dan ramai mengatakan yang wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Azrinaz. Ketampanannya menyerlahkan air mukanya, malah kelihatan cukup matang buat ramai yang tertarik.
Walaupun terpisah dan jarang berjumpa, acap kali Azrinaz akan mengingati dan mendoakan anak-anaknya dengan memuatnaik gambar mereka. Azrinaz juga seringkali menulis ucapan Azrinaz buat putera setiap kali tiba hari keputeraan Putera Wakeel.
Kini berumur 16 tahun, Pengiran Abdul Wakeel kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Meninjau ke hantaran tersebut kelihatan ramai yang memuji ketampanan putera Azrinaz ini. Semoga ikatan kekeluargaan ini dirahmati olehNya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon Rita Rudaini bukan? Baru-baru ini, pelakon yang terkenal dengan filem Mami Jarum itu berkongsi momen indah apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.
Menerusi perkongsian video itu, kelihatan Airit dipanggil naik ke pentas untuk mengambil sijil serta piala yang disampaikan oleh pengetua sekolah.
Meluahkan rasa bangga, Rita berkata pencapaian anaknya itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga daripada anak untuk dirinya. “Tahun lepas, Rayyan bagi hadiah masuk MRSM, hari ni dapat pointer tinggi pula!”
Ternyata kejayaan yang dikecapi anak Rita ini wajar dijadikan inspirasi apatah lagi Rita membesarkan anak seorang diri, namun dia berjaya membuktikan anak-anaknya juga mampu berjaya walau ketiadaan ayah di sisi. Rita juga sempat memberikan nasihat kepada anaknya supaya mengabaikan cemuhan dan kejian kerana Allah SWT sentiasa ada bersama mereka.
“Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain. Terima kasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untuk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN.
Pada April tahun lalu, Rita Rudaini berkongsi momen menyentuh hati apabila terpaksa berjauhan buat pertama kali dengan anak apabila anaknya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.
Untuk rekap, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebahagiaan seorang ibu ialah apabila dia melihat kejayaan anak tersayang. Seperti kaum ibu lain, Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had juga tidak terkecuali melalui detik penuh emosi tatkala menyaksikan pencapaian anak keduanya. Sekian lama jauh di perantauan demi menuntut ilmu, akhirnya Kencana Putera berjaya genggam segulung ijazah.
Difahamkan anak teruna Datin Seri Norazlina merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains dalam Media, Komunikasi dan Sosiologi dari City St George’s University of London.
Datin Seri Norazlina Syukur Kejayaan Anak
Berkongsi momen indah itu di media sosial, bekas personaliti televisyen ini tampil anggun dalam persalinan tradisi rona merah. Sedondon dengan suami tercinta iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Turut sama meraikan majlis konvokesyen berkenaan ialah dua adik-beradik Kencana iaitu Karisma Putera dan Kaseh Puteri.
Titip bekas penyampai berita NTV7 ini, “Summer of 2025 marks another big milestone for all of us as a family. Our ‘Abang Ngah’ has officially graduated in Bachelor of Science with Honours in Media, Communications and Sociology from the City St George’s University of London.
It was a timeless moment.Moments filled with joy, proud and occasionally “teary” too! (Biasalah mak-mak kan cepat emo!) Alhamdulilah, 2 down and one more to go! So both of our boys now are graduates from the same university.
We will see where our daughter pulak will end up in couple of years, InsyaAllah. Oh, photos of his grandparents? It was a surprise! Mesti ada penceritaan atau ‘falsafah’ di sebaliknya kan? Takpalah. Biarlah dia seorang yang tahu.
So congratulations again Kencana Putera. You definitely nailed it! You have earned this moment. It’s time to go out and conquer the world!”
Meskipun tidak lagi terlibat dalam industri namun nama Norazlina Awang Had masih meniti di bibir penonton. Dia ialah ibu kepada tiga cahaya mata dan seorang usahawan sukses.
Datin Seri Norazlina ialah pengasas Lawabana Sdn Bhd yang menguruskan perniagaan Rommaku dan The Tepen Café.
Figura anggun ini genap meniti usia 50 tahun pada 22 Mac lepas.
Sebelum menceburkan diri dalam dunia penyiaran, Datin Seri Norazlina memulakan kariernya sebagai pereka grafik bebas dan pengarah seni di pelbagai agensi reka bentuk serta pengiklanan.
Sosok wanita hebat ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada 23 Julai 1998. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.