Inspirasi

“Kami Memang Enjoy Spend Masa Di Rumah,” Bina Rumah Luas & Besar, Mahligai Impian Yatie Kamarzaman Bakal Siap!

Terpegun tengok mahligai impian milik Yatie Kamarzaman! Proses pembinaan dream house anak Bonda Rozita Ibrahim ini difahamkan sudah bermula sejak Ogos tahun lalu. Memang besar dan luas kediaman usahawan ini. Tak ubah seperti membina sebuah resort!

Walau belum siap sepenuhnya tapi dapat bayangkan betapa indah kediaman kakak Dato’ Sri Aliff Syukri berkenaan.

Apatah lagi Yatie atau nama penuhnya Noor Hayati Kamarzaman rajin berkongsi progress pembinaan rumah impiannya sekeluarga di media sosial.

Sekaligus rasa kagum dengan kejayaan wanita ini yang mampu membina kediaman besar seumpama itu.

Kongsi Yatie, “Dah berbunga hati nak tanam ubi kayu, daun limau purut, bunga kantan kat belakang rumah. Tadi Kak Yatie visit tengah pasang bumbung. Next month planning utk ceiling & wall. InsyaAllah Oktober mula ID (interior design) dah.”

Dalam pada itu, pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini turut memuat naik video memaparkan ruang mahligai Yatie Kamarzaman yang masih dalam proses pembinaan.

Daripada perkongsian tersebut, Yatie memaklumkan rumah berkenaan merangkumi lima buah bilik tidur dan ruang pejabat termasuk ruang untuk kucing peliharaan.

“Home interprets heaven. Home is heaven for beginners. Sebab kami memang enjoy spend masa di rumah. Bila balik rasa tenang, relaxing and being spoiled memang dreams Kak Yatie dari dulu.

Raikan perbezaan. Cita rasa kita semua berbeza. Planning kita tak sama. Keperluan dan kehendak setiap orang juga lain-lain. Hari tua semua orang rasanya memang plan nak santai, tak ada hutang, tak nak penat etc.”

Artikel https://www.nona.my/pernah-duduk-setinggan-rumah-bocor-jutawan-bonda-rozita-ibrahim-akui-jadi-kaya-pun-ujian/

Artikel https://www.nona.my/akhirnya-dream-home-kak-yatie-terlaksana-mahligai-mewah-anak-bonda-rozita-ibrahim-siap-2024/

Melihat kemampuan Yatie Kamarzaman pastinya membuatkan warga maya terinspirasi dengan kehidupan usahawan berjaya ini. Malah, mereka menjadikan Yatie sebagai sumber kekuatan untuk terus mengejar impian.

 

 

Share
Published by
Suzi