“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah” Anak Sulung DATUK SERI AZMIN ALI Kongsi Pengorbanan Bapa

Farah Shazliyana merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Bergelar anak kepada ahli kenamaan yang mempunyai kedudukan serta pengaruh yang kuat dalam pentadbiran negara menjadikan Farah seorang wanita yang matang dalam usia 31 tahun.

Farah Shazliyana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Farah merupakan perunding kewangan di sebuah bank dan ibu kepada seorang anak, Farah Inayah Rose yang kini berusia 3 tahun.

Bersama anak dan suami tersayang.

Dalam sebuah keluarga, anak-anaklah yang menjadi tulang belakang serta kekuatan utama buat ibu bapa. Susah senang dilalui bersama, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

“Saya bersyukur dikurniakan seorang Abah yang sangat baik. Abah sememangnya seorang yang workaholic. Hardworking is an understatement. Sejak dahulu lagi Abah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. There is no such thing as time for himself as he dedicates his life doing his best in any responsibilities he took on.

Saya melihat Abah seorang yang sangat sabar, cekal dan berprinsip. Abah sering berpesan kepada kami tentang nilai-nilai penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Hakikatnya bergelar seorang ahli politik bukan mudah. Selama berpuluh tahun Abah berkecimpung dalam dunia politik.

Walaupun berdepan dengan bermacam dugaan namun Abah terus kuat dan maju ke hadapan. Setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT. Setiap kali Abah merasa tertekan mahupun down kami akan selalu mengingatkannya bahawa kami sentiasa ada untuk Abah.

Kami akan sentiasa menyokong Abah di saat susah atau senang. Sokongan kami sekeluarga akan menjadi kekuatan utama buat Abah dalam mengharungi cabaran dalam kariernya. Sebagai anak kami sangat bangga memiliki Abah dan Mummy yang sentiasa melayan sesiapa sahaja dengan baik, tidak kira apa pun status mahupun latar belakang mereka.

Buat Abah, terima kasih kerana menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Kami sangat bangga memiliki seorang ayah seperti Abah. I learnt a lot from you. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi serta mengurniakan yang terbaik buat Abah di dunia mahupun akhirat. I love you very much!

WARISI KECANTIKAN IBU

Melihat kepada raut wajahnya yang lembut, Farah ternyata mewarisi kecantikan asli yang dimiliki ibunya iaitu Datin Seri Shamshida Taharin. Farah sebenarnya kagum dengan amalan yang dilakukan oleh ibunya untuk kekal sihat, bertenaga serta cantik luar dan dalam pada usia 56 tahun.

Mummy seorang yang mengamalkan pemakanan sihat antaranya makan nasi sejemput bersama lauk. Tidak hairanlan Mummy

sentiasa kelihatan bertenaga serta awet muda. Amalannya itu menjadi inspirasi saya untuk sentiasa menjaga kesihatan luar dan dalam, lebih-lebih lagi selepas berkahwin.

Mummy juga seorang yang sangat sabar mengharungi setiap ujian dalam hidupnya. Mummy akan sentiasa tersenyum, positif dan mencari kebaikan di sebalik semua yang terjadi. Sebagai isteri, Mummy sangat memahami dan supportive. Saya anggap Mummy seperti sahabat baik kerana mudah untuk saya kongsikan masalah bersamanya. Mummy juga seorang yang merendah diri, suka mendekati dan membantu golongan memerlukan melalui program-program kemasyarakatan yang dilakukan.”

Kredit Foto: Instagram Farah Shazliyana Azmin

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad