“Kami Tak Pernah Iri Hati & Berkira Pun Pasal Duit” Syatilla Akrab Dengan Adik-beradik

Berbicara dengan salah seorang Pengasas Kekasih by The Melvin, Syatilla Melvin sedikit sebanyak telah membuka mata bahawa hubungan kekeluargaan itu sangat penting kalau nak berjaya. Tambah-tambah lagi kalau membina perniagaan bersama adik-beradik sepertinya.

IKLAN

Mungkin sebab itu lah perniagaan yang diterajui empat beradik ini walaupun baharu setahun jagung tetapi impak diterima sangat luar biasa. “Sebenarnya kami adik-beradik memang tak expect Kekasih by The Melvins grow sangat cepat. Kami sendiri rasa tak percaya sampai hari ini. Eh! Betul ke Kekasih by The Melvins dah macam ni kan,” begitulah penerimaan awal perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin ini.

IKLAN

Tambah Syatilla lagi, “Ini memang rezeki Allah SWT nak bagi dalam sekelip mata sahaja. Rahsianya mungkin kami jaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh tak masam muka dan tak ada iri hati jauh sekali berkira tentang duit di antara kami. Itu saya rasa rahsia kejayaan yang paling besar.

Selain itu sokongan daripada ibu dan ayah yang selalu mendoakan kami adik-beradik. Ibu dan ayah selalu pesan apa-apa pun adik beradik tak boleh berpecah, apa apa pun adik beradik kena stick together tak akan boleh berpisah. Itu pesan mak dan ayah.

Dan satu lagi kami pegang prinsip yang kalau ada rezeki lebih kita akan share dengan semua orang dan niat untuk berniaga kena betul,” terang isteri kepada Shaheizy Sam ini.

Komen Syatilla tentang dakwaan orang cantik sahaja boleh jadi pengasas produk kecantikan, “Siapa yang cakap orang cantik saja boleh jadi pengasas produk kecantikan? Even though kalau orang tu kurang upaya dia masih boleh jadi pengasas produk kecantikan juga.

Semua orang boleh jual apa sahaja asalkan bersungguh-sungguh untuk berniaga dan memang dengan niat nak tolong diri sendiri selain daripada tolong orang lain. So tak ada istilah orang cantik saja boleh jadi pengasas produk kecantikan. Banyak juga produk kecantikan di luar sana yang orang tak tahu pun siapa founder dia tapi berjaya,” tegas ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Ramai usahawan berjaya sering bercerita bahawa bukan mudah sebenarnya untuk berada ditahap tertinggi, semuanya perlukan pengorbanan. Menurut Syatilla Melvin Kekasih by The Melvin juga punya pengalaman yang tersendiri. Bercerita tentang pengalaman pahit ketika berniaga, “Saya tak boleh nak share lagi sebab kami baru 7 bulan (ketika ditemu bual) berniaga dalam bisnes kosmetik ni.

Kami belum ada banyak pengalaman dan apa yang ada sekarang ni Allah SWT permudahkan, lancarkan cuma pada awalnya dulu ada masalah dengan stok sebab kami tak mampu nak tampung permintaan orang. Ini kerana kami buat dalam unit yang sedikit tetapi permintaan orang tu macam banjir atau tsunami datang. Kami mungkin ada sedikit slack kat situ lah pada awalnya, itu sahaja,” tutur Syatilla Melvin mewakili adik-beradiknya yang lain.

Kenapa produk kecantikan? “Sebab kami tahu kuasa beli terbesar adalah perempuan. Pasaran paling besar di dunia sekarang adalah kosmetik. Jadi kami rasa bidang kosmetik ini tak akan ada pengakhirannya.

Sampai bila-bila pun orang nak kelihatan cantik dan menarik. Itu merupakan faktor pendorong kami melahirkan Kekasih by The Melvins ini. Kami yakin perniagaan berasaskan kecantikan ini tidak punya tarikh luput kerana wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan,” bicara wanita berusia 28 tahun ini bersungguh.