Siapa yang tidak mengenali pelakon Rashidi Ishak yang cukup terkenal dengan drama Kampung People. Bekas suami kepada pelakon Vanidah Imran ini kini mengakui dirinya sedang diulit bahagia selepas mendirikan rumahtanngga bersama isteri barunya, Wan Hazliza yang juga pengarah drama terkenal.
Menurut sumber Harian Metro, Rashidi Ishak diminta mengimbas episod awal perkenalannnya dengan Wan Hazliza.
Jelas Rashidi, dia mengajak Wan Haslina berkahwin secara spontan tanpa membuat perancangan majlis perkahwinan besar-besaran. “Kami mulai rapat selepas terbabit dalam penggambaran drama Kampung People 2 sejak tiga tahun lalu kerana saya banyak membantu Wan Hasliza di belakang tabir sepanjang penggambaran.
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang berlangsung pada Februari lalu itu diadakan secara sederhana atas faktor usia.
“Saya juga tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan percintaan kami, cuma saya dan isteri sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan tertutup sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkahwinan kali keduanya, Rashidi berkata, dia bersyukur keluarga dan anak-anaknya menerima dengan hati terbuka apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula.
“Dua anak saya pun sudah dewasa, jadi mereka sangat memahami dan menerima keputusan saya untuk bernikah semula dengan hati terbuka,” katanya.
Terdahulu, Rashidi pernah berkahwin dengan pelakon Vanidah Imran pada Oktober 2000, namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika, 19.
Sumber: Harian Metro
This website uses cookies.