Siapa sangka sambutan hari kelahirannya yang ke-33 bertukar menjadi momen sedih apabila kandungannya disahkan keguguran. Begitulah yang terjadi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Shefura Othman yang menahan duka menerima berita tersebut.

IKLAN

Perkongsiannya yang dimuatnaik di laman Instagramnya, Young Shefura menitipkan rasa redha dengan apa yang terjadi kepada kandungannya itu.

Kandungan Disahkan Gugur Saat Sambut Hari Jadi, YOUNG SYEFURA Redha & Tidak Patah Semangat

Menurut sumber dari Astro Awani, Young Shefura menyimpan hasrat untuk mengumumkan berita kehamilannya itu selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti. Namun, aturan Allah itu lebih baik dari segala-galanya.

Kandungan Disahkan Gugur Saat Sambut Hari Jadi, YOUNG SYEFURA Redha & Tidak Patah Semangat

Ramai yang sudah mula perasan mengenai kandungan saya ketika itu, dan ucapan tahniah tidak putus-putus membanjiri laman media sosial saya. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila saya menerima khabar duka bahawa saya disahkan keguguran

Kandungan Disahkan Gugur Saat Sambut Hari Jadi, YOUNG SYEFURA Redha & Tidak Patah Semangat

IKLAN

Tambah Young yang redha dengan dugaan ini, kandungannya yang sepatutnya membesar  selepas enam minggu itu telah tiada.

IKLAN

Jika kandungan saya masih ada, usianya sudahpun mencecah lapan minggu. Tetapi, setelah membuat pemeriksaan lanjut pada Rabu lepas, doktor mendapati kandungan saya tidak lagi membesar.

Walaupun begitu, Young Shefura yang bakal bertanding dalam PRU kali ini, tetap berasa tabah menghadapi dugaan yang melanda dan manzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti memberikan sokongan kepadanya.

Sedikit info mengenai Young, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Muhamad Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan sepanjang perkahwinan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. Namun, mahligai cinta itu tidak berpanjangan dan pasangan ini bercerai pada 2019.

Sumber gambar: Instagram Young Shefura

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI