Berita pemergian penyanyi dan pengacara terkenal, Allahyarhamah Adibah Noor pada 16 Jun 2022 telah mengejutkan industri hiburan tanahair terutama rakan-rakan artis serta peminat. Sampai ke saat ini masih ramai yang berduka mengenangkan kenangan-kerangan bersama arwah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
Seperti dimaklumkan, pemergian arwah disebabkan penderitaannya terhadap kanser ovari tahap empat sejak sekian lama. Di sebalik kisah itu ia sebernarnya telah membuka mata kita khususnya wanita tentang bahaya kanser ini.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang sebelum ini pernah tular serta meraih 1 juta pengikut di Tik Tok berkongsi informasi di akaun Instagram tentang tanda-tanda serta golongan wanita bagaimana yang paling berisiko menghidap kanser ovari. Ia disampaikan melalui dua video ringkas (Part 1 & Part 2) di reels
Instagram.Menurut Dr Samhan, kanser ovari adalah kanser keempat tertinggi di negara ini. Beliau juga memaklumkan bahawa ramai wanita Malaysia mengalami kanser ovari.
SIAPA BERISIKO KANSER OVARI?
TANDA-TANDA KANSER OVARI
Namun begitu, Dr Samhan memaklumkan kanser ovari boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.
Selain itu, Dr Samhan turut menyarankan agar pesakit sentiasa mematuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang aktif.
Untuk info, Dr Samhan baru-baru ini dinobatkan Content Category of Education, TikTok Malaysia Popular Creator 2021. Semoga Dr Samhan terus konsisten berkongsi ilmu.
This website uses cookies.