Luar biasa, hebatnya penangan karnival paling bergegar tahun ni, teruja tengok usahawan wanita Malaysia berniaga bawah satu bumbung dan healing sama-sama!
Seperti masih segar di ingatan kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Majalah Nona dan Mingguan Wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta MyMall Malaysia.
Bayangkan karnival tiga hari yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya itu dikunjungi hampir 10,000 pengunjung dengan 100 buah booth jualan para usahawan wanita tempatan! Memang meriah sangat-sangat. Selain dapat shopping, timba ilmu bisnes, berhibur dan healing sesama wanita, para tetamu yang hadir ke siri talkshow keusahawanan juga dapat banyak goodies.
Jutaan penghargaan buat para penaja rasmi iaitu Watsons Malaysia, Mustika Ratu, Buttonscarves, Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri, Sunway Resort Hotel, Madduna Honey, Central Sugars Refinery, Jasmine Food, 1 Minute Miracle, Temyracle, Siti Khadijah Apparels dan Minaz yang sentiasa menyokong Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024!
SOKONGAN
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 secara rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim pada 8 November 2024.
Acara ini turut disaksikan oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din; isteri Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud serta isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad menambahkan lagi kemeriahan dan sokongan terhadap agenda besar ini.
Dalam ucapan CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim menekankan kepentingan karnival ini sebagai pemangkin untuk wanita tempatan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan menambah nilai kepada ekonomi negara.
“Karnival ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa wanita, menyediakan mereka dengan peluang dan platform untuk mengembangkan potensi perniagaan. Kita percaya, melalui usaha kolektif seperti ini, wanita Malaysia mampu menjadi tonggak ekonomi yang lebih kukuh dan seimbang.”
Para tetamu kehormat kemudian dibawa melawat reruai usahawan, memberikan sokongan moral kepada lebih 100 usahawan yang menyertai karnival ini.
PADAT PENGISIAN
Pelbagai program menarik telah disusun untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pengalaman yang berbeza dan berharga, termasuk:
Di samping aktiviti-aktiviti menarik, para usahawan juga dapat meneroka peluang kerjasama dan jaringan menerusi reruai MyMall dan sesi taklimat keusahawanan. MyMall—platform e-dagang yang diterajui oleh KUSKOP menawarkan akses kepada usahawan PMKS untuk menyertai ekosistem keusahawanan digital yang lebih luas.
Ini adalah peluang bagi mereka yang ingin memahami cara mengembangkan perniagaan melalui platform digital dan strategi pemasaran terkini.
Dengan jumlah 100 usahawan turut serta dalam karnival ini, pengunjung bukan sahaja dapat membeli produk-produk tempatan berkualiti tinggi, tetapi juga memahami cerita di sebalik setiap perniagaan yang dibangunkan dengan penuh usaha dan dedikasi.
Dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, IOI Grand Exhibition & Convention Centre akan menjadi pusat pertemuan komuniti usahawan dan mereka yang ingin menyokong perkembangan ekonomi tempatan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 ini dibawakan secara eksklusif oleh Mingguan Wanita dan Nona serta diperkasakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta myMALL Malaysia.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/30-tahun-jadi-anak-seni-datuk-nora-ariffin-bakal-adakan-konsert-solo-buat-julung-kali/
This website uses cookies.