Benar kata orang, kasih seorang isteri diuji bila suami tak punya apa-apa dan kasih seorang suami diuji apabila memiliki segala-galanya.

Namun, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul, kisah wanita yang bernama Sharifah Haziah Akmar ini benar-benar menyuntik inspirasi.

Ads

Kasih Isteri Diuji Ketika Suami Kesusahan, Wanita Ini Bukti Kasih Sayang Punca Kekuatan

Bagaimana seorang isteri yang bergelar seorang suri rumah dan bangkit membantu suami yang sedang ‘jatuh’ dalam perniagaan. Begitulah, kasih seorang isteri diuji saat suami sedang menghadapai cabaran hidup.

Tanpa sebarang pengalaman dalam perniagaan wanita yang mesra disapa Sha ini cuba membantu suami dan merencana perniagaan yang begitu dekat dengan lelaki yang dicintainya.

“Saya mengenali dan bercinta dengan suami ketika dia sudah memiliki salun rambut sendiri dan mempunyai pengaruh besar termasuk di kalangan selebriti.

Kasih Isteri Diuji Ketika Suami Kesusahan, Wanita Ini Bukti Kasih Sayang Punca Kekuatan

Ketika kami berkahwin, saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Namun tanpa diduga pandemik COVID-19 menyerang dunia dan saya melihat sendiri jatuh bangun suami hingga tersungkur dan pernah dituduh bankrup.

Pandemik juga melihat bagaimana dia bergelut hingga diserang sesak nafas dan kebimbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Memutuskan untuk menutup operasi salun rambutnya di Setapak dan meneruskan survival menjual produk rangkaian rambut dengan simpanan yang ada bukan satu keputusan mudah,” kata Sha yang kini menjadi nadi penting kepada perniagaan dan jenama Chez Professional diusahakan suami.

Kasih Isteri Diuji Ketika Suami Kesusahan, Wanita Ini Bukti Kasih Sayang Punca Kekuatan

Memiliki diploma dalam bidang sumber manusia dan pernah menimba pengalaman selama hampir lima tahun sebagai pembantu peribadi mengajar ibu kepada dua cahaya mata ini erti memberi sokongan moral tidak berbelah bahagi kepada suami.

Ads

Tanpa ada persediaan rapi dan bersandarkan pengalaman serta ilmu, Sha memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat suaminya sendiri.

“Melihat tindak-tanduk dan keputusan suami menutup operasi kali pertama salun rambut di Bandar Sri Permaisuri dan seterusnya di cawangan kedua di Setapak satu langkah berat yang terpaksa dilakukannya.

Saya tahu dunia dandanan serta penjagaan rambut dan memiliki salun menjadi kecintaannya. Namun tiba-tiba situasi dan ujian hidup merentap semuanya sekelip mata.

“Saya yang sebelum ini menjadi suri rumah menjaga anak yang masih kecil memutuskan untuk sama-sama membangunkan legasi perniagaannya,” kata Sha.

Ads

Kasih Isteri Diuji Ketika Suami Kesusahan, Wanita Ini Bukti Kasih Sayang Punca Kekuatan

Sementara itu, Chez atau nama sebenarnya Halimi Hamdan berkata dia mungkin akan terkapar-kapar tiada hala tuju tanpa sokongan dan bantuan isteri.

“Isteri sayalah tunjang kekuatan di belakang yang menguruskan perniagaan. Saya berada di barisan hadapan mewakili jenama itu. Campur tangan isteri menggunakan ilmu pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi.

Dulu duit berniaga dan gaji sendiri ibarat tak ada beza keluar masuk. Sekarang ia lebih sistematik dengan usaha isteri.

Saya akui diri ini sangat beruntung dan bertuah memilikinya. Dia wanita paling istimewa dan ibu kepada anak kami. Pendek kata, dialah wanita yang sanggup hidup susah dan senang bersama saya,” kata Pengarah Urusan Chez Professional itu.

BACA: Kasih Sayang Seorang Suami

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI