Kasih Isteri Tak Kira Pangkat & Darjat, TUNKU AZIZAH Sedia Sarapan Untuk YDP Agong Pakai Mask & Gloves

Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila menyediakan sarapan untuk suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam keadaan sedang kuarantin.

Titah Raja Permaisuri Agong, “Siapa pun kita, jika sudah berkahwin tetap seorang isteri,” Tunku Azizah pakai topeng muka dan sarung tangan buat sarapan untuk YDP Agong.

“Setiap pagi, saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong. Nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast,”.

“Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow. Beginilah setiap hari kami self quarantined

dan distancing, saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong.

No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love

,” titah Raja Permaisuri Agong.

Foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah & @istana_negara

Share
Published by
Hamizatul Maizan