Pada saat tubuh suami terlantar sepi di katil hospital tanpa sebarang reaksi dan aktiviti fizikal, hati wanita bernama Siti Rohayu Ibrahim ini kuat mengharungi tempoh getir itu. Tanpa jemu, dia menjaga amanah Allah dengan sebaiknya dan yakin lelaki yang dicintainya akan kembali sihat seperti sediakala. Alhamdulillah, berkat doa Ayu dan keyakinannya terhadap kekuasaan Allah SWT, Muhamad Ridhwan Mohd Zaki yang koma akibat nahas jalan raya tahun lalu akhirnya sedar dari ‘lena’. Namun, ingatannya tidak lagi seperti dulu.
Ayu yang dikurniakan dua cahaya mata, Nur Adrieyna Daniella dan Muhamad Riezqullah Dhiyaulhaq tetap tabah menghadapi ujian hidup sehingga kini. Setiap hari tanpa rasa lelah, wanita berusia 27 tahun ini setia memberi kata-kata semangat kepada suami selain cuba merangsang kembali memori Ridhwan yang telah hilang. Catatan menyayat hati dan penuh suka duka yang dikongsikan Ayu di media sosial sejak suaminya ditimpa nahas mendapat perhatian ramai pihak. Bukan niat untuk tagih simpati tapi apa yang dilakukan insan berjiwa besar ini sekadar untuk berkongsi.
Dengan segala kudrat yang ada, Ayu berusaha mendalami bidang perniagaan demi meraih pendapatan buat keluarga. Malah, ketika awal kejadian dulu Ayu terpaksa menjual kereta kepunyaan suami dan menyewa ambulan jika mahu ke hospital. Kini sedikit demi sedikit sinar bahagia melingkari hidup mereka apabila naskhah 100 Hari Catatan Menggapai Syurga Terindah yang berkisar kisah Ayu dan suami bakal dijual pada 1 Mac depan.
“Alhamdulillah kebahagiaan pasti muncul setelah ditimpa pelbagai ujian, Allah dah buktikan segala-gala asalkan niat kita betul & kita ikhlaskan hati. Syukur pada Allah pintu rezeki terbuka luas, rezeki datang pelbagai cara, sayang tidak jangka kehidupan kita dari ditimpa ujian sampai ke hari ni dapat bertahan. Tanpa sayang menangis dan merayu meminta simpati orang, hati sayang begitu cekal dan kuat sebab sayang yakin Allah sentiasa ada bersama.
Pagi tadi (26 Januari) kita dapat tetamu dari KL, pengarah filem, penerbit dan penulis novel. Semoga urusan kita nanti dipermudahkan oleh Allah. Hari ni keluarga sayang berkumpul datang makan-makan dekat rumah. Dalam kesibukkan itu, terlepas pandang abi (Ridhwan) cabut tiub susu. Mungkin abi gatal tetapi bila tak ada tiub tu, abi makin handsome. Abi lebih selesa tak ada tiub tu. InshaAllah tak lama lagi kita akan buang terus tiub tu. Buat masa sekarang.. abi perlu pakai dulu. 30/1 kita akan jumpa doktor pakar, abi perlu kuat semangat. Ramai yang mendoakan kita.”
Ayu bukan wanita yang hanya menanti huluran bantuan untuk suami dan anak-anak. Sebaliknya, dia lebih selesa mengusahakan apa saja yang ada di depannya untuk memastikan kebajikan mereka sekeluarga terjaga. Jelas Ayu, walau apa jua rintangan mendatang dia akan cuba sedaya upaya dan mencari ikhtiar agar suaminya dapat bangun dan berjalan semula. Tapi jika takdir Tuhan sebaliknya, dia tetap reda.
Ads
“Abi jangan risau, sayang mampu menjaga abi dan anak-anak. Sayang mampu mencari rezeki. Sayang tak takut untuk terus melangkah sebab kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu kebolehan kita, kita tak akan dapat ubah kehidupan kita. Abi dah capai tahap ni pun dah membuatkan sayang bahagia. Walaupun abi belum pulih ingatan sepenuhnya sayang akan cuba jadi guru yang terbaik. Sayang ada cara sendiri untuk abi sembuh.”
Moga pasangan suami isteri ini dapat kembali menjalani alam rumah tangga seperti dulu dan dipermudahkan rezeki serta diberkati dunia akhirat.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun terletak di ruang yang terselindung namun bahagian dapur juga perlu diberi perhatian rapi agar sentiasa bersih, kemas dan cantik. Fungsi tingkap bagi memudahkan pencahayaan dan aliran udara ketika aktiviti memasak.
Kebanyakan tingkap dapur akan ditutupi dengan langsir yang sesuai sekaligus menyuntik elemen anggun dalam ruang dapur. Semak 6 cara ini untuk memilih langsir yang sesuai.
Mengikut saiz tingkap. Langsir yang labuh bukan sahaja mudah kotor tetapi juga mudah menyerap lembapan yang boleh menjadi sarang pembiakan kuman.
2. Jangan guna langsir tebal kerana ia akan memerangkap lembapan dan mudah berbau hapak. Sebaiknya, pilihlah langsir yang nipis dan ringan kerana lebih praktikal.
3. Langsir yang sering dipilih untuk ruang dapur ialah jenis kafe yang terdiri daripada dua helai langsir iaitu bahagian atas dan bawah. Ia dipisahkan di bahagian tengah untuk membenarkan cahaya dan udara masuk ke dapur.
4. Jenis lain yang boleh menjadi pilihan ialah langsir kecil yang hanya menutupi bahagian atas tingkap. Langsir jenis ini sesuai untuk tingkap yang berhampiran dengan sinki.
5. Langsir jenis klasik mampu memberikan privasi kepada ruang dapur yang terdiri daripada dua helai kain dan mampu menutupi bahagian dapur.
6. Pilih langsir seperti renda, nylon, rayon, sutera dan kapas. Fabrik langsir yang bagus seharusnya mudah dicuci dan dijaga. Fabrik kapas merupakan material terbaik untuk dijadikan langsir di ruang dapur dan ruang makan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, selebriti popular dan pelakon watak utama filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani kini sudah berhijrah ke arah lebih baik sehingga menjadi role-model dan inspirasi untuk menjadi seorang muslimah sejati.
Menerusi hantaran pengguna akaun Tik Tok @pendosahijrahhh di laman memaparkan Lisa sedang berkongsi beberapa tips dan rahsia yang diamalkanya untuk kekal istiqamah.
Menurut Lisa hanya dua amalan yang diamalkan dirinya untuk kekal istiqomah. Pertama, menjaga solat dan kedua, amalkan membaca Al-Quran.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun terpaksa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
Selain itu, Lisa berkata dia sering melakukan amalan-amalan sunnah dan l yang paling penting, seseorang itu perlu berada pada persekitaran baik yang boleh menggalakkan perubahan ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, hijabista mendapati rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian ilmu dan nasihat bermanfaat yang dikongsikan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat khusus buat mereka yang ingin berhijrah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.
Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan atas kejayaan dan pencapaian dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute. Idzu berkata, pada usia sekarang bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.
“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.
Menurutnya yang juga pemilik syarikat Cell Tissue Sdn Bhd, teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran. “Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.
“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...