Kasut Jenama Mewah LOUBOUTIN Jadi Pilihan Setiap Kali Beraksi Di Pentas, ANGGUN C. SASMI Terima Penghargaan Muzik Perancis

Diam tak diam, sudah 20 tahun penyanyi kelahiran Indonesia, Anggun C Sasmi bergiat aktif dalam seni suara di Perancis. Hampir dua dekad, lagu-lagu Anggun menjadi halwa telinga masyarakat di Perancis.

Baru-baru ini, penyanyi yang menginjak usia 49 tahun ini menerima penghargaan dalam acara Premio Luneza yang diadakan di Perancis. Festival Premio Luneza didedikasikan khusus untuk muzik dan penghargaan untuk sesebuah karya muzik.

Sememangnya Anggun  memiliki pengaruh serta meninggalkan impak besar pada budaya musik Itali. Anggun mendapat kehormatan sebagai artis internasional kedua dalam sejarah acara tersebut, yang menerima penghargaan khusus.

“Saya merasa terhormat menerima penghargaan ini di negara yang pertama kali menyambut repertoar muzik saya dalam bahasa Inggeris,” ujar Anggun, setelah menerima penghargaannya baru-baru ini.

Untuk rekod, pelantun lagu “Snow On The Sahara”  telah banyak mengumpulkan anugerah emas dan platinum di Itali sejak penglibatannya dalam karier seni muzik secara internasional. Penyanyi yang pernah menerima penghargaan World Music Award ini telah menjual  ratusan ribu album dalam bahasa Itali, sekaligus menjadikannya penyanyi paling sukses dari benua Asia dalam sejarah muzik Itali!

Antara pencapaian Anggun dalam industri muzik antarabangsa termasuklah membawakan hits medley terbaiknya di Itali berjudul “Amore Imaginato”, single yang pernah menduduki carta utama di Itali.

“Saya berharap penghargaan ini akan dilihat sebagai simbol bahawa karyawan Indonesia dapat membawa diri dan muzik ke pasaran Eropah,” ujar Anggun.

Sewaktu baharu memulakan kerjaya seni di Indonesia,  Anggun cukup dikenali sebagai penyanyi rock tetapi kini sudah tidak kisah apa jua jenis muzik kerana baginya tiada beza dan tak penting jenis muzik bagaimana yang diingini.   Anggun juga tidak menafikan mendapat inspirasi daripada bapanya apabila menyentuh bab penulisan lagu. Oleh itu, dia menyuntik elemen itu setiap kali berkarya.

“Bapa saya seorang penulis buku dan katanya menulis adalah ibarat berkomunikasi. Oleh itu, setiap perkataan yang keluar akan menggambarkan keperibadian penulis itu.

Menyentuh soal fesyen kegemaran Anggun, penyanyi ini amat menggemari kasut jenama mewah, Louboutin kerana gemarkan rona merah. Anggun berkata dirinya bukanlah seorang yang mementingkan jenama mewah tetapi untuk beraksi di pentas, Anggun mengutamakan keselesaan dan kasut jenama itu menerbitkan aura feminin dalam dirinya.

Setelah 3 kali gagal berumah tangga, Anggun C Sasmi kemudian melabuhkan hatinya pada Christian Kretschmar. Pernikahan Anggun dan Christian yang berlangsung pada tahun 2018 dan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Anggun mempunyai seorang anak perempuan bernama Kirana Cipta Montana.

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu