Kata-Kata DATIN NINA Ini Melegakan Hati Para Ibu Lepas Bersalin! Ada Perkara Lebih Penting Perlu Tahu Selain Perubahan BENTUK BADAN

Semalam, genap 4 tahun usia perkahwinan pereka fesyen tersohor tanah air, Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri. Manisnya ulang tahun perkahwinan mereka tahun ini kerana hadirnya seorang cahaya mata perempuan comel diberi nama Jeanelle Nika Mandagie pada tanggal 1 November lalu. Lengkap sudah episod bahagia rumah tangga Dato’ Jovian dan Datin Nina!

Seperti kebanyakan pasangan yang baru melahirkan anak, mereka juga menikmati momen indah bergelar ibu bapa. Setiap hari pasti ada saja foto kenangan bersama Jeanelle dimuatnaik Dato’ Jovian dan Datin Nina dalam laman sosial mereka. Dan terbaru, ibu muda ini sempat berkongsi pengalaman dan situasi yang dialaminya selepas melahirkan bayi sulung.

Terang anak perempuan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini, kenangan melahirkan Jeanelle secara pembedahan cesarean

atau C section tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat. Agak lama menyimpan hasrat untuk berkongsi kisah bersama pengikutnya di Instagram ekoran kesibukan menjaga Jeanelle dan suami tercinta, akhirnya Datin Nina berpeluang menitipkan pesanan berikut.

“Sebaik saja melahirkan anak, jangan terkejut atau sedih bila melihat diri sendiri di depan cermin. Memang mudah untuk katakan, tapi saya sendiri rasa seperti mahu menangis apabila melihat diri saya sendiri depan cermin. Your skin will stretch and your uterus will still be swollen so you will look like you are about 2 months pregnant. Tapi tak mengapa sebab uterus akan kembali mengecut ke saiz normal dalam masa 4 hingga 6 minggu, begitu juga perut anda. Just do sesi urut dan senaman.

Bagi yang menjalani C section seperti saya, our tummy will be swallen a lot longer so take your time. Yes you will be frustrated with your body, but believe me it will get better in time. Pastikan anda dikelilingi orang yang positif dan memberi motivasi. Yang penting kena happy

, makan yang sihat supaya luka pembedahan akan cepat sembuh. Kejar sihat dulu dan kemudian kecantikan akan datang jua.”

Perasaan takut menyelubungi Datin Nina memandangkan ia adalah kali pertama dia dimasukkan ke hospital. Malah, dia turut mengakui takut menghadapi suntikan. Disebabkan Jeanelle agak besar, doktor menyarankan agar dia menjalani pembedahan untuk bersalin.

Listen to your doctor, do not for once contemplate when he/she tells you that you need to go for C section. Yang penting bayi dan diri selamat. Saya tahu kebanyakan ibu akan berasa sedih selepas pembedahan ini tapi elakkan berasa demikian. Kita harus bangga dengan perjuangan ini!

Usah risau jika pengeluaran susu badan tidak seperti yang diharapkan terutama semasa beberapa hari pertama atau minggu pertama. Saya juga mengalami perkara sama tapi yang penting bayi kena kenyang. Jadi saya berikan Jeanelle susu formula dulu. Alhamdulillah, untuk minggu pertama itu juga susu badan mula ada. Kena rehat yang cukup dan minda tenang agar para ibu mudah menghasilkan susu badan.

Ramai yang kecewa bila tak dapat susukan bayi mereka untuk tempoh ini tapi kalau anda stres lagi ia tak akan datang. Jika tak berjaya, berikan 50-50 susu formula dan susu badan. Kalau masih tidak berjaya dan tak ada rezeki juga, berikan saja susu formula. Remember a good mother feeds her child. Itu saja.”

Tambahnya, tidak kira susu formula atau susu badan apa yang penting adalah bayi kenyang dan sihat. Biarpun masih baru bergelar ibu, Datin Nina turut mencuba dan mempelajari bermacam-macam perkara tentang dunia keibubapaan. Salah satunya, amalan minum sup herba cina yang dikatakan cukup berkesan untuk produktiviti susu badan.

Sumber: INSTAGRAM NINA SABRINA ISMAIL SABRI

  

Share
Published by
Suzi