Gaya Hidup

“Kata Orang Kalau Tak Tengok Eiffel Tower, Umpama Tak Jejak Kota Paris” HAJAH NOR AZIAH Kongsi Detik Indah Percutian Ke Bumi Eropah

Percutian menjelajah ke bumi Eropah merupakan impian bagi setiap orang. Apatah lagi dapat bercuti bersama keluarga. Bagi Hajah Nor Aziah Abd Aziz, percutiannya ke Eropah pada penghujung tahun 2016 adalah detik terindah dalam hidupnya.

TELAH DIRANCANG AWAL

“Trip kali ini sudah kami rancang berbulan-bulan lamanya. Seperti biasa saya ke sana bersama suami dan dua orang anak. Perjalanan mengambil masa sekitar tujuh jam dan kami selamat mendarat di Schiphol Airport, Amsterdam pada jam 12 tengah hari (waktu Amsterdam).

Kami menaiki tren dari lapangan terbang ke Amsterdam Central. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Keluar dari stesen, kami terus menuju ke Travel Hotel. Suhu waktu itu sekitar lima darjah Celcius, sangat sejuk.

Selepas meletakkan barang dan menunaikan solat jamak, kami keluar semula. Berjalan-jalan sambil melihat kota Amsterdam dengan bangunan-bangunan lamanya yang indah di pinggir air.

Saya mendapati ramai yang mengayuh basikal di laluan khas. Setiap kali berjalan, sering kali juga terdengar bunyi loceng basikal. Hampir di mana-mana sahaja ada parkir untuk basikal.

Keesokan harinya kami menaiki Flix bus menuju ke Brussels. Kami sempat singgah di Musee du Louvre di mana tersimpannya lukisan termasyhur Leonardo da Vinci iaitu Mona Lisa.

Kami juga memilih untuk menaiki bas Hop On Hop Off untuk melawat Arc de Triomphe yang merupakan salah satu monumen paling popular di Paris. Ia dibina sebagai penghargaan kepada askar yang terkorban semasa pertempuran French Revolutionary dan Napoleonic Wars.

Kami tak ketinggalan melawat Eiffel Tower. Kata orang kalau tak tengok Eiffel Tower, umpama tak menjejak kota Paris. Kami juga sempat berkunjung ke Palais de Tokyo yang terletak 10 minit dari Eiffel Tower.

Kami menaiki cruise menelusuri Sungai Seine yang mengambil masa sejam. Cruise dua tingkat itu mempunyai ruang terbuka di bahagian atas. Kami duduk di bahagian bawah yang berdinding kaca bagi mengelakkan kesejukan. Indahnya bila melihat Eiffle Tower dari kejauhan, cantik sekali.”

BERKUNJUNG KE KOTA LONDON

“Sepanjang berada di London kami masih memilih menaiki Hop On Hop Off. Destinasi wajib kami pastinya ke Trafalgar Square. Kami juga singgah di Istana Westminster atau turut dikenali sebagai Dewan Parlimen terletak di tebing Sungai Thames, di tengah-tengah kota London.

Kami juga menghabiskan masa di Green Park salah satu taman di raja di London. Buckingham Palace, kediaman rasmi raja British dan London Pier turut menjadi destinasi kami. Di sini terdapat Ferris Wheel kedua tertinggi di dunia selepas Singapura.

Kami juga teruja menaiki cruise menelusuri Sungai Themes sambil melalui beberapa jambatan dengan reka bentuk tersendiri yang menghubungkan beberapa tempat utama sekitar kota London.

Perjalanan yang jauh ke Amsterdam tak mematahkan semangat kami untuk menjelajah. Kami mula menjelah bumi indahnya. Windmill de Gooyer’ merupakan kincir kayu yang tertinggi di Netherlands dan sekarang di anggap sebagai monumen negara.

Pengalaman menjelajah bumi indah Eropah selama sepuluh hari meninggalkan seribu satu kemanisan. Jika diizinkan olehNya saya akan ke sana lagi.”

Kredit Foto: hajahazeeya2013.blogspot.com

Share
Published by
Amy Mohd