Girl power!! Itu yang dapat disimpulkan tentang pelakon jelita Kate Winslet. Kate yang sebelum cukup popular menerusi filem malar segar ulung, Titanic berjaya memecahkan rekod menahan nafas di dalam air selama 7 minit, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Tom Cruise selama lima minit dalam filem Mission Impossible 5: Rogue Nation.
Memegang watak Metkayina dalam filem Avatar 2: The Way OF Water, Kate yang juga pernah memenangi Anugerah Oscar menerusi filem The Reader itu menuntut pelakon ini menjalani pengambaran di dalam air dan menahan nafasnya selama 7 minit, sekaligus memadamkan rekod yang sebelum ini pernah dipegang oleh Tom Cruise.
Menerusi beberapa keping gambar yang viral di media sosial, kelihatan Kate berada di dalam sebuah tangki yang dipenuhi air sambil menyarung sehelai sut dengan kepak seakan-akan mengambarkan makhluk yang dilakonkan dalam Avatar 2.
Menerusi tembual Kate bersama The Hollywood Reporter, Kate berkongsikan pengalamannya “Saya dituntut untuk belajar cara menyelam bebas dalam menyempurnakan peranan saya dalam Avatar. Anehnya, saya boleh bergantung pada kemampuan saya sendiri untuk menahan nafas selama itu. Entah bagaimana, saya langsung tidak takut ketika itu.”
Winslet juga mengakui tidak terfikir untuk memadamkan rekod yang dipegang Tom Cruise. Jelasnya, dia hanya ingin mengalahkan rekod yang dipegang dirinya sendiri.
Ini merupakan kali kedua Kate bekerjasama dengan pengarah filem James Cameron. Kali pertama mereka bergandingan adalah menerusi filem terkenal Titanic. Avatar 2 kembali selepas 13 tahun dari filem pertama.
Filem ini meneruskan legasi kisah Jake Scully (Sam Worthington) dan Neytiri (Zoe Saldana) ketika mereka mengembara merentasi lautan Pandora dan bersemuka dengan puak penghuni laut yang dipanggil Metkayina, di mana mereka bertemu dengan Na’vi, salah seorang daripadanya dilakonkan oleh Kate Winslet. Avatar kini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan dengan anda.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.