Kawal Selera Makan Semasa DATANG BULAN, Jadikan 7 Kudapan Sihat Ini Sebagai ‘SAHABAT’ Anda

Setiap kali datang bulan biasanya wanita memiliki selera makan yang tinggi. Contohnya, ada yang memilih sepotong kek sebagai kudapan. Hormon yang turun naik menjadikan keperluan zat wanita berubah-ubah. Sebaiknya, ketika datang bulan pilihlah makanan kudapan yang betul dan sihat. 7 makanan ini sesuai dijadikan ‘pendamping’ anda sepanjang datang bulan.

YOGURT

Menurut kajian yang diterbitkan di Archives of Internal Medicine, saat datang bulan tingkatkan pengambilan kalsium dan vitamin D agar dapat membantu mengurangkan gejala haid. Oleh itu, yogurt merupakan kudapan yang tepat selain meningkatkan sistem pencernaan yang sihat. Seterusnya juga melegakan masalah perut ketika datang bulan.

BIJIRIN PENUH

Merupakan sumber magnesium yang hebat dan kajian menunjukkan magnesium membantu mengurangkan nyeri ketika datang bulan. Bijirin penuh turut mengandungi serat yang akan memberi rasa kenyang lebih lama.

PISANG

Merupakan salah satu sumber terbaik potassium. Ia juga kaya dengan vitamin B6. Selain itu, pisang juga dapat membantu mengatasi kembung perut. Kandungan kalium juga membantu mengatur tekanan darah dan menghantar oksigen ke bahagian otak bagi memastikan mood

anda kekal stabil.

SALMON DAN TUNA

Kedua-duanya sangat baik untuk diambil lebih-lebih lagi ketika datang bulan. Ikan salmon dan tuna mengandungi omega 3 yang bukan hanya baik untuk jantung bahkan membantu mengurangkan ketegangan otot sepanjang datang bulan.

BROKOLI

Sumber serat, vitamin B6, vitamin E dan magnesium yang baik. Semua kandungan ini merupakan nutrisi bermanfaat bagi membantu anda mengatasi sindrom datang bulan dan mengatur pencernaan. Juga merupakan salah satu sayuran yang mengandungi zat besi termasuklah pada bayam dan kangkung.

DAGING MERAH

Kadar zat besi badan akan menurun ketika datang bulan. Ini boleh menyebabkan anda merasa lesu. Pengambilan daging merah bersama sayur-sayuran seperti kacang, bayam, brokoli untuk membantu meningkatkan tenaga dan mengatur aliran darah haid.

COKLAT GELAP

Tinggi antioksidan dan magnesium yang membantu meredakan kekejangan dan perubahan suasana hati. Ia juga merangsang penghasilan endorphin atau dikenali sebagai ‘hormon bahagia’ yang membuatkan anda kekal ceria dan tenang.

Share
Published by
Amy Mohd