Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad mengakui kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya selepas mengetahui berita suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan dikatakan telah ditahan polis Mei lalu atas satu kes penipuan.
Walaupun baru empat bulan berkahwin dengan suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan rumah tangga mereka diuji dengan kes seperti ini, Elvina tetap bersama dan menjadi tulang belakang suaminya itu. Tambahan pula Elvina disahkan hamil anak pertama mereka pada hari raya yang lalu.
Menurut Elvina, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati dan meminta dia meninggalkan suami di saat lelaki itu mengalami kesusahan.
“Apabila mendapat berita suami saya ditahan oleh polis, sudah pasti saya dan keluarga bersedih.
“Namun selepas siasatan dilakukan kami tahu bahawa dia tidak bersalah sebaliknya ditahan hanya untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan. Kebetulan, pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya,” katanya.
“Apa yang membuatkan saya lagi sedih bila suami ditahan adalah pada masa itu, baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan.
“Ada juga di kalangan kawan-kawan yang busuk hati, siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami. Sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar,” katanya kepada Gempak.
Elvina turut menjelaskan sebenarnya suaminya itu hanya menjadi saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dan bukan tertuduh seperti yang dianngap oleh orang ramai.
“Dia bukanlah tertuduh seperti yang diperkatakan. Tapi hanya sekadar menjadi saksi bagi membantu siasatan.
“Kebetulan pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya dan polis hanya ingin soal siasat rakan terdekat dan kes pun sudah selesai,” jelasnya.
Betul la orang cakap kita hanya akan mendapat tahu siapa kawan sejati ketika berada di dalam kesusahan ataupun ingin meminta pertolongan. Kawan sejati akan sentiasa berada di sisi dan memberi semangat apabila kita berada dalam kesusahan. Tak apa lah Elvina, biarkan orang berbuat jahat dengan kita asalkan kita tak berbuat jahat dengan orang. Betul tak?
Sebelum ini media ada melaporkan seorang lelaki berstatus Datuk telah ditahan bagi membantu siasatan penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9juta. Laporan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan netizen dan menganggap suami kepada Elvina terlibat dalam penipuan tersebut.
Elvina berkahwin dengan Mohd Haniff, pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
sumber: Astroawani.com