Kata orang, kawan sekeliling kita melambangkan siapa diri kita. Jadi, pilihlah kawan yang betul-betul boleh membawa kesan positif. Beberapa tips ini boleh menjadi panduan untuk anda memilih teman.
Berwawasan tinggi
Jika anda ingin maju, cari teman yang boleh bantu anda mendaki tangga kejayaan. Anda perlukan orang yang positif dan sentiasa berfikiran terbuka.
Terima ‘orang baru’ dengan hati terbuka. Merekalah yang akan bawa anda keluar dari zon selesa.
Mempunyai nilai sama
Kata orang, jika pasangan berlainan pemikiran, dia pelengkap hidup kita. Tetapi berbeza pula jika hendak memilih kawan. Lebih baik pilih teman yang mempunyai nilai dan kepercayaan sama kerana anda boleh mendapatkan penghormatan dari segi pandangan. Mereka lebih outspoken!
Matlamat sama
Mungkin kita boleh gelarkan mereka ‘purpose partners’. Bila sama misi, kerjasama pun lebih baik dan mudah.
Teman ‘seimbang’
Kita semua ada kekuatan dan kelemahan. Itu normal kan? Pilih kawan dengan betul, anda sebenarnya berkongsi bakat, skil dan keupayaan mereka untuk menyuntik kekuatan kepada diri anda juga. Begitu juga sebaliknya.
Teman memberi motivasi dan mendorong
Jauhi kawan-kawan yang negatif. Ingat, anda nak ‘sedut’ sifat positif mereka untuk Berjaya!
Teman rai kejayaan
Bukan saja anda perlukan teman yang menyokong perjalanan anda, tetapi teman yang turut meraikan kejayaan anda. Teman yang baik akan meraikan setiap pencapaian dan kejayaan yang dikecapi.
Malah, Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin turut berkongsi di dalam sebuah video di laman Instagram.
“Delete kawan-kawan yang melalaikan kita. Di dalam hadis Nabi sebut, seorang akan terpengaruh dengan akhlak kawan-kawannya. Delete atau left group yang send benda-benda tak baik pada kita. Biar kawan tak ramai tapi berkualiti,”katanya.
Kredit foto: Instagram Erra Fazira dan Sherry Al-Hadad
Kredit video: Instagram Ustaz Amin