Anggur hitam kaya dengan kandungan serat dan antioksidan yang tinggi. Anggur hitam dikatakan sangat bermanfaat untuk tubuh sebagai sumber tenaga serta dapat membantu untuk mencegah radikal bebas akibat daripada pencemaran udara. Di samping itu, anggur hitam turut bermanfaat untuk mencegah penuaan awal.
KANDUNGAN
Pelbagai viamin terkandung di dalam buah yang tinggi khasiat ini. Semua vitamin yang terkandung di dalamnya sangat besar fungsinya untuk sistem ketahanan tubuh. Antara vitamin-vitamin yang terkandung di dalam anggur hitam ini adalah:
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin A
- Vitamin B (thiamin)
- Vitamin K (kalium)
- 100g anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori.
- Kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksidannya adalah lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji.
JENIS-JENIS ANGGUR HITAM DAN FUNGSI
- Vitis vinifera, anggur untuk bahan minuman.
- Vitis labrusca, anggur Amerika Utara untuk membuat jus.
- Vitis riparia, anggur liar Amerika Utara untuk pembuatan minuman anggur.
- Vitis rotundifolia, muscadine, digunakan untuk jeli.
- Vitis aestivalis, digunakan dalam pembuatan minuman anggur.
- Vitis lincecumiiatau Vitis aestivalis atau Vitis lincecumii, Vitis berlandieri, Vitis cinerea, Vitis rupestris digunakan untuk membuat minuman anggur hibrida.
MANFAAT ANGGUR HITAM
- Ginjal
Anggur hitam juga merupakan makanan sihat untuk ginjal. Oleh itu, anggur bermanfaat untuk kesihatan penderita sakit ginjal serta radang sendi.
- Pankreas dan Diabetes
Makanan sihat untuk pankreas dapat membantu mengurangkan kadar gula darah yang tinggi. Selain itu turut bermanfaat untuk pesakit diabetes.
- Penyakit Jantung
Buah anggur sangat bagus untuk pesakit jantung. Ini kerana tahap oksida nitrat di dalam darah akan meningkat ketika anda memakan anggur hitam seterusnya bermanfaat untuk mencegah pembekuan serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Antioksidannya juga dapat membantu menghentikan pengoksidaan kolesterol.
- Gangguan Ginjal
Dapat membantu menyingkirkan asid yang berlebihan pada fungsi ginjal. Oleh itu ia dapat mengurangkan gangguan yang berlaku pada sistem tekanan ginjal.
- Pencernaan
Selama ini mungkin anda kerap kali mengalami gangguan pencernaan contohnya perut kembung, sembelit serta kerap membuang air besar. Dengan kerap memakan anggur hitam masalah perut serta pencernaan dapat diatasi kerana anggur hitam mengandungi gula dan selulosa.
- Mengurangkan Keletihan
Sekiranya anda banyak beraktiviti maka keletihan akan dirasai. Keletihan boleh diatasi dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Jus anggur hitam akan membantu anda dalam menghilangkan keletihan kerana kandungan zat besinya yang tinggi.
- Migrain
Migrain merupakan penyakit yang sering menyerang bahagian kepala (sakit sebelah kepala). Sekiranya anda mengalami keadaan seperti ini minumlah jus anggur pada setiap pagi tanpa tambahan air yang membantu penyembuhan migrain secara semula jadi.
- Asma
Cuaca sejuk dan alergi debu merupakan faktor yang sering terjadi serta menjadi punca kepada serangan asma. Ia kerap kali menyerang kerana berlakunya penyempitan di bahagian saluran pernafasan. Anggur hitam dapat membantu mengurangkan gejala asma mahupun sesak nafas.
- Kanser Payudara
Dalam sebuah kajian menunjukan bahawa anggur yang berwarna hitam dapat membantu mencegah kanser payudara serta mengurangkan jangka masa tumor payudara.
- Antibakteria
Anggur hitam memiliki kandungan antibakteria serta antivirus yang sangat kuat. Sekiranya anda kerap mengamalkan makan anggur hitam dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan yang merbahaya.