Kalau dah minat sanggup berhabis ratusan ringgit demi semata-mata nak memiliki barangan yang diminati. Itulah yang terjadi kepada seorang ahli perniagaan di Thailand yang sanggup membelanjakan hampir RM200,000 semata-mata membeli sebiji durian.
Kejadian ini berlaku di sebuah Festival King of Durian di Nonthaburi, Thailand. Durian yang dimaksudkan bukan durian biasa sebaliknya durian yang begitu istimewa dengan isinya yang berwaran kuning, berisi tebal dan biji durian yang halus iaitu Durian Kanyao.
Ahli perniagaan tersebut telah menawarkan harga yang sedemikian dalam satu bidaan untuk memiliki hanya sebiji durian baka Kanyao tersebut. Durian baka Kanyao merupakan antara durian yang paling mahal di dunia dan mengatasi harga jualan pada tahun lepas iaitu 800,000 baht (RM106,118).
Festival tersebut turut dihadiri oleh ramai penggemar durian yang terdiri di kalangan hartawan terkenal di Thailand. Durian ini juga selain dijual di festival tersut boleh juga dibeli secara terus daripada kebun berhampiran kepada mereka.
Menurut seorang pekebun durian ini, dia tidak pernah menyangka durian yang ditanamnya itu mampu mencecah harga lebih 1 juta baht (RM132,543).
“Saya tahu durian ini amat istimewa, tetapi saya teruja melihat harganya. Saya menjangkakan 1 juta baht. Jadi apabila dia terjual dengan harga yang lebih tinggi, ia amat bagus,” kata Han Chai Thai.
“Semoga pembeli yang memenangi bidaan itu menikmati durian yang dibeli. Durian baka itu merupakan yang paling enak di dunia dan saya akan terus menanamnya,” katanya lagi.
Terdahulu, festival bidaan itu berjaya mengumpul sebanyak 4.5 juta baht (RM596,434) dan wang tersebut akan diserahkan kepada pekebun.
Selebihnya akan disumbangkan kepada komuniti tempatan untuk membeli peralatan kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital.
Durian Kanyao boleh dikatakan sudah sinonim dengan Nonthaburi di utara Bangkok kerana rasanya yang manis dan berlemak.
Agak-agaknya apa lah rasa durian ini. Makan sebiji durian umpama makan sebiji kereta Mazda 6. Makan seulas pun dah ‘kenyang’. Dapat makan musang king pun dah rasa macam sedap sangat dah.
Sumber: Astro Awani
This website uses cookies.