Keenakan rasa cendawan dan kandungan khasiat di dalamnya menjadikan tumbuhan organ pensporaan kulat ini sebagai menu kegemaran ramai. Cendawan yang hidup menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau tumbuhan yang telah reput akan menyerap zat makanan daripadanya. Selain tumbuh secara semula jadi, ada beberapa jenis cendawan yang diusahakan secara besar-besaran menerusi penanaman dan pembiakan khusus.
Terdapat pelbagai bentuk cendawan yang ada di pasaran antaranya seperti yang mempunyai tangkai atau batang, tudung berbentuk seakan payung dan berbentuk butang. Di samping membekalkan nutrisi yang baik, ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi.
JENIS-JENIS CENDAWAN
1)TIRAM KELABU DAN PUTIH
2)SHIITAKE
3)ENOKITAKE
4)BUTANG PUTIH
5)BUTANG PERANG
6)ABALONE
7)KUKUR ATAU SISIR
KENALPASTI STRUKTUR DAN BENTUK CENDAWAN
Cendawan yang segar menghasilkan rasa dan aroma menyelerakan. Justeru, pilih cendawan yang terbaik untuk hidangan anda dengan meneliti perkara berikut.
APAKAH KHASIAT CENDAWAN?
Adalah baik sekiranya anda menjadikan hidangan berasaskan cendawan sebagai salah satu diet harian. Ini kerana ia membekalkan pelbagai manfaat lebih-lebih lagi jika anda mengambilnya secara konsisten.
VITAMIN D
Menikmati hidangan cendawan setiap hari adalah cara pemakanan yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D bagi tumbesaran tubuh badan. Ia merupakan satu-satunya sumber makanan berunsurkan sayuran yang bukan hanya lazat tetapi juga kaya dengan vitamin D.
MEMBAIKI SISTEM IMUNISASI
Mengandungi sumber vitamin B yang baik dan berperanan terhadap sistem saraf serta membantu memberikan tenaga. Betaglucans yang terkandung di dalamnya dikatakan berupaya meningkatkan sistem imunisasi terutamanya bagi mereka yang mengalami alergi terhadap sesuatu makanan. Zat selenium pula melindungi sel daripada rosak disebabkan penyakit kronik.
KESIHATAN KULIT
Bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dan memiliki tubuh yang ramping dan sihat, amalkan pemakanan cendawan. Hal ini kerana ekstrak cendawan mampu melawan obesiti di samping memperbaiki sistem metabolisme.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Cendawan mempunyai agen pelembap yang dapat melindungi kulit daripada radikal bebas. Pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus zat mineral dan menjadi agen antioksida yang menyelamatkan kulit anda daripada selaran matahari, mengekalkan keanjalan kulit serta mencegah kanser kulit.
This website uses cookies.